19 Dis 2013

Kena Kacau

Wiken baru ni datang opis sbb nak ke atm je pun. Hujan tengah lebat masa tu. Daripada menyinggah atm yang aku nak kena meredah hujan better datang ke lobby opis yang berbumbung ni. 

Dah settle urusan keluarkan duit aku hari tu, anak3 pulak sebok nak ke bilik air. Nak buang air kecik ada dan nak buang air yang besar pun ada. Ikut kan je la. Bila nak masuk bilik air kat lobi tu terpandang suis lampu ON tapi gelap. Cuba ON/OFF tapi sama jugak. Yong dah tak tahan nak buang air besar pulak tu. 

Aku teringat kesah mistik di bangunan ni. Tambah wiken kan... takde yang berkeje. Aku berlalu ke depan dan bertanya kepada adik polis bantuan tu kenapa dengan lampu bilik air tu. Rosak ke? Adik tu kata tak. Lalu dia bingkas bangun dan beriringan dengan aku ke bilik air. Nak cek lampu tu. "Aaikkk nyala pulak" kata aku.

Then kami pun masuk la. Anak3 aku ni buat macam pesta pulak kat dalam bilik air tu. Berebut nak masuk tandas nan satu sedangkan ada 3 tandas yang available. Iskkhh anak3 aku ni kan.. semua tempat jadi medan main buat mereka. Marah2 aku ni macam menyapu lalu je di telinga mereka. Bingit dengan suara2 tak puas hati mereka ni. Berebut tandas. Tak kuasa betul.

Tiba2 lampu terpadam. Gelap. Aku terkejut. Anak3 terdiam. Teringat kisah2 seram di bilik air di sini. Aku nak lari cepat2 pun jarak pintu keluar dengan tandas agak berjarak. Nak cepat2 tarik tangan anak3 ajak keluar dalam gelap gini bukan senang. Aku nak menjerit... anak3 lagi tambah takut. Dada tiba2 berdebar2. Aku tak suka gangguan tak nampak gini.

Secara spontan aku menjerit "Allahuakbar!!!" dalam panik berbaur kecut dan marah sebenarnya. Jangan main2 begini sedangkan aku hanya nak bawak anak3 langsaikan hajat. Selepas jeritan aku tadi... lampu kembali menyala. Bilik air kembali cerah. Aku sedikit lega. Yong pulak memang tak tertahan dah kut nak buang air. Tapi aku heret mereka keluar daripada bilik air tu.

Aku menuju kepada adik polis bantuan tu. Mintak bantuan adik tu jadi penjaga pintu bilik air sehingga urusan kami anak beranak settle. Adik yang baik itu menuruti.

Lampu menyala sehingga urusan selesai. Aku berterima kasih kepada adikbaikhati itu. Katanya mereka biasa dengan suasana seperti itu. Dan mereka hanya buat tak tahu. 

Dah biasa lain lah kan...

2 ulasan:

MulutPayau berkata...

Memang menakutkan ..nasib baik tak de apa2..

AziE berkata...

MP - Rasa seriau jg la