31 Dis 2013

Hijrah

Oppsss.... betul la tu... tak salah rumah pun korang masuk ni. Masih tuan rumah yang sama. Sila, sila dan jemput datang seperti biasa ya ke sini. Nikmati hidangan seadanya. Kalau difikirkan ada kebaikannya, sama-sama kita manafaatkan. Kalau sebaliknya...kalau korang nak aku improve boleh la tegur elok2. Iya tegur elok2.

Sempena kita baru je melangkah ke tahun baru Hijrah, maka blog ni juga mahu berhijrah. Pasti ada sesuatu yang membuatkan sesiapa juga berhijrah kan. So perhijrahan bukanlah sesuatu yang luar biasa pun. Cumanya mungkin faktor pemangkinnya sahaja yang berbeza.

Cerita semalam....
Aku belajar sesuatu tentang penulisan semalam.  Blog ini dijadikan sumber rujukan penghasilan 'Biography Hubby'. MasyaAllah... jangan begitu. Penceritaan aku di blog ini bukan sepenuhnya, bukan semua dikongsikan. Dan tak layak dijadikan bahan rujukan pun. Korang sendiri sedia maklum kan korang berada dalam kelompok mana wahai policy maker, wahai cendikiawan. Takkkaaaan la.... mencari sumber gossip, sumber tak sahih macam gini.

Aku takut dan bimbang cerita2 korang tu nanti hanya menjurus untuk membenarkan PERSEPSI korang sendiri. Aku punya instinct korang bukan mencari kebaikan di sini tetapi hanya untuk menjatuhkan semata.

Aku ngeri dengan politik opis korang!

Cerita hari ini...
Aku nak tukar konsep penceritaan di blog ni. Tak nak sentuh cerita2 peribadi dan keluarga sendiri lagi di sini. Aku nak menulis something yang membawa dan memberi manafaat bersama. In Sha Allah...

Untuk pengetahuan korang blog peribadi aku masih wujud. Blog peribadi ni dah seakan penganti diary pulak. Mana mungkin catatan kehidupan sendiri tak tinggal jejak kan. Blog by invitation. Alaaaa....takde la gah sangat pun kehidupan aku tu. Cuma... iya la... cerita semalam tu membuatkan aku rasa kehidupan peribadi aku diintip. Bukan retis pun kan. Tapi....tinggalkan email address kat ruangan komen kalau korang berminat dengan blog peribadi aku tu. Hahaha...bajet retis juga tu....

Link personal blog seperti sebelah - AziE. Ok la moga hari ini menjadi lebih baik daripada semalam. Assalamualaikum...

6 ulasan:

selipar buruk berkata...

ishhhh ya ke kak? dasyatnya politik opis...huuuuu

6ky Angel berkata...

wargh... ada stalker ker? rasanya sis terlalu byk cerita hal peribadi kot.. then ada picture yg sgt clear.. so.. bahaya skit la kot.. :-)

AziE berkata...

Anne - Kita kena belajar untuk pandai politik opis pulak lah kut
Yani - Manusia banyak ragam kan.

Sidratul Muntaha berkata...

tu la..
lama nau tak singgah
sekali singgah tu dia!!
ahahaha
pondok kecil tepi dangau
buat berehat di siang hari
politik opis ni umpama langau
kalau dilayan menjengkelkan hati

ewah..berpantun plak kita kak
semoga tahun baru ke..tahun tak bape nk baru ni
kita sama2 jdi lebih baik..
mujur jugak aku ni jenis lone ranger tpi menyampah jugak la klu terjumpa itu langau2 tu
semoga persahabatan kita kekal abadi.
cewah..


MulutPayau berkata...

Dah masuk ini..kopi secawan..heehe..
Kadang2 risau jugakkan. Apa yg kita tulis mmbwa persepsi berbeza pada orng lain..
Menakutkan jugak kalau ada politics opis ni...

sha ahmad berkata...

tak dapat ler tahu cerita kak azie
im back kak azie
miss u
bnyak untold story
hehhe