27 Feb 2015

Terkini 27.02.2015

Asyik sunyi saja kan kat sini. Hmmm....

2,3 hari lepas hubby tanya, blog tak nak update ke? Glurppp... Ada pengunjung yg mengintai rupanya. Pastinya korang2 pun ada jengah jg kan. Kan...kan..Terima kasih la berkunjung. Tuan tanah tak sempat nak buat jejak di sini walaupun life continues as usual.

Project GST kat opis baru je habis UAT. Tu pun tak semua issue solved. La ni sebok bergerak ke branches deliver end user training pulak. April semakin hampir, banyak lagi preparation yg kena buat. So mostly masa habis dgn hal2 gini. Kembali je rumah dgn rutin as emak & isteri pulak.

Bosan lak citer2 sebok org berkerjaya mcm gini kan.

Untuk tahun 2015 yg sedang dilalui... Aku dah ada checklist peristiwa yg baru berlalu. Syok kalau dapat catat something di sini. 

Aku ni masih pening dan buntu dgn sistem giliran penjagaan bonda. Nanti kalau ada masa.. Aku share di sini.

Nyah baru je melangkah alam sekolah sebenar. Tahun 1. Ada juga kisah menarik dia. Rasa nak juga citer di sini. Tengok la masa terluang macamana.

Gang Budak Sekolah (GBS). Ni grup kami beraktiviti bersama. Kami sama2 belajar di mrsm kuantan. Since kami form 1. Sungguh kuat friend bonding kami. Ada citer aktiviti kami setakat ni. Kalau sempat aku share k.

Hubby baru je sambut birthday. Happy belated birthday. Hutang hadiah ek.. Delay delivery jadinya.  Sorry.

Ok la dulu. Sepatah 2 kata untuk update kali ni. Chow.