Diam tak diam dah sampai ke hujung tahun 2013. Masih terasa baru je sebok2 habiskan cuti tahun 2012. Ni kembali sebok2 habiskan cuti tahun 2013. Tika ni juga sebok2 tanda kalendar 2013 dahhh tiba pulak kembali menanda kelendar 2014. Tanda cuti2 Malaysia dan cuti2 sekolah...hahaha... korang pun sama cenggitu jugak kan.
Pada 2013 ni aku rasa paling banyak aku hadirkan diri untuk gathering bersama kawan2 sekolah sama batch. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami masih punya kesempatan untuk bertemu dan memanjangkan lagi silaturahim yang sedia terjalin. Menjadikannya semakin utuh dan kuat. Kerana kami membesar bersama. Itu yang menjadikan kami kuat.
- Zulhusni - kawan aku tika di MRSMKT. Kehidupannya amat menyedihkan aku. Semasa kunjungan rakan2... dia masih seperti dulu. Punya kisah yang tersendiri dan moga kami boleh membantu meringankan beban. Amin.
- Arifin - Juga kawan aku tika di MRSMKT. Dia diserang stroke. Punya isteri yang cukup mengkagumkan. Moga mereka sekeluarga tetap tabah mengharungi kehidupan.
- Mangsa gelombang banjir besar di Kuantan & Kemaman. Beberapa kawan2 kami menghadapi ujian ini. Ada antara mereka menghadapi total lost property. Sungguh sedih. Kerana itu juga antara kami telah menubuhkan pasukan membantu yang bergerak tanpa campurtangan politik atau media publisiti yang lain. Sepantas kilat dalam 30 jam pertama kami berjaya mengumpul dana sebanyak RM22K. Kami bangga dengan kekuatan setiakawan kami.
- Cikgu Wan Tik Sakinah - Pengetua kami di MRSMKT semasa era kami. Dia kehilangan suami buat selama2nya akibat sakit kulit yang kronik. Kami bersama cikgu sehingga saat2 sukar ini. Moga sokongan kami meringankan sedikit beban cikgu.
Semalam bukan hanya kenangan yang ditinggalkan tapi menjadi kekuatan untuk hari esok. Moga kita menjadi insan yang saling perlu memerlukan untuk jangka waktu yang panjang.
Selamat menyingkap tabir 2014 pula nanti. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan