1 Mei 2016

Langkah 2016

Salam semua...
Lama betul blog ni sepi. Betul2 lama. Dah takde pembaca dah kut nya ya blog yg dah bersawang ni kann.

Ai cuba recall what had happened 4 months ago ya. Ntah ingat ntah tak ni.

Tapi sebelum tu ... 

Mengenang 2015
Pantasnya masa berlalu walau pun ia tetap 24 jam sehari, 7 hari seminggu. 2015 sudah melabuhkan tirai. Suka duka kini menjadi sejarah untuk di kenang, dijadikan sempadan dan pedoman. Moga-moga kita tetap menjadi pilihanNya.

Tahun 2015 aku kehilangan 3 rakan yang sama2 membesar satu ketika dulu. Amat terkesan di hati dengan pemergian mereka ini. Moga mereka tenang di sana dan menjadi pilihanNya di jannah. Al fatihah.. Kita yang hidup juga pasti menyusul. Entah bila...

JANUARI
- Comei melangkah ke tahun 1. Terasa pantas masa berlalu.
- MIL nyatakan hasrat nak pergi haji tp dia memang perlukan anak2 bawak dan jaga dia di sana. Hubby cuba bantu dan aku cuba menempel sbg mahram. Rupanya untuk bawak bakal haji yang tidak berdaya, maksimum adalah 5 orang. Maka kami kemukakan rayuan haji pada tahun ini. Kalau Allah mengizinkannya... InsyaAllah kami bakal menjadi tetamuNya.
- hari ahad pagi kami penuhkan dgn kursus haji. So aktiviti panjat bukit kiara setiap ahad dihentikan.

FEBUARI
- Happy birthday hubby
- Yearly outing dgn gang kuatagh. Tahun ni kami ke Surabaya. Sambil shopping sambil memanjat gunung bromo menikmati keindahan ciptaanNya. Menikmati mentari naik di ufuk timur.

MARCH
- Outing ke Penang. Menyertai rombongan kakak untuk majlis pernikahan anak bongsunya.
- Langsung kami lanjutkan percutian pusing2 Penang sempena cuti sekolah. 
- Bulan sibuk untuk Fiscal Year closing.

APRIL
- selepas sibuk dgn  FY closing, kini sibuk pulak dgn new FY. Gitu la kan bila keje makan gaji ni.
- PMS, KPI dgn segala bagai.. Letihnya rasa.
- Ada ura2 hod aku akan berpindah. Cabaran jg untuk next hod ni nanti.
- anak sedara sebelah hubby kawin dgn org shah alam. Rumah aku jd destinasi berkumpul. Suker!! 

Aktiviti aku kini..
Di FB tempat aku wish birthday kawan2 dan simpan album
Di IG tempat aku kerap sikit update aktiviti compared to fb
Di pejabat tempat keje yg tak habis2
Di rumah tempat di mana tanggungjawab menjadi sangat besar

Okay dulu la.. Bai