3 Dis 2013

Musim hujan

Shah Alam Tanpa Mentari

Mereka di Kuantan - Moga korang dilindungiNya. Banjir teruk juga ya. Kami di Shah Alam ni pun mendung kalau tak pun... hujan yang mencurah2. Sini kalau banjir, adalah banjir kilat. 

Pagi tadi aku tak basuh baju pun. Baju semalam basuh pun masih di ampaian. Masih belum kering. Karang kalau basuh yang load baru ni... kat mana pulak aku nak nyidainya. Tempat terhad. Boleh la ke dobi untuk kering kan... tapi pilih environmental friendly dulu lah.

Nak cuti2 pun agak terhad la kan. Risau banjir pulak jadinya. Sangkut takleh pergi bercuti better than sangkut takleh balik from bercuti kan. Tengok la sari dua lagi cuaca ni. Kalau tak... pakat duduk bercuti dalam rumah je pun ok jugak. Atau main pusing2 Shah Alam pun tak jadi hal. Bagi anak3 rasa terhibur. Mereka ni asalkan ada aktiviti, mesti mereka rasa seronok. Betul kan.

SPM belum habis kan. Stress student yang ambik SPM gamaknya. Mereka yang berulang dr rumah ke sekolah untuk ambik SPM. Pikir perjalanan yang basah. Baju basah, nota2 mungkin basah, jalan basah. Tak selesa kan. Positifkan mind set. Simple je kan. Tapi senang berkata2 ni. Tadi terbaca status member aku sorang ni cikgu kat fb - mintak pertimbangan untuk rendahkan graf subject SPM hari ni. Student stress akibat banjir. Mmmm ada logiknya jugak kan.

Masa aku SPM dulu, SPM ditangguhkan gara2 banjir teruk di Kedah. Bukan main lagi kami berseronok. Bukan pulun study pun. Konon otak dah sarat ilmu la tu. Main air hujan. Main air banjir yang naik hanya setakat betis. Tu la pengalaman banjir aku.

Kakak aku pernah sangkut musim STPM. Terpaksa ambik exam di dewan terdekat selepas melaporkan kejadian di PPD. Naik bot bagai jugak. Aku yang tak ambik exam pulak stress.

Kalau dulu, member2 drp KB sememangnya tunggu musim bah. Main bah kater mereka. Seronok. Tak tahu la aku nak kater seronok ke tak. Seronok la kut kan. Ada lagi pesta bah ni di sana?

Anak3 aku sekarang ni langsung tak reti main hujan. Jauh sekali main bah ni. Kesian jugak mereka ya. Tak meriah hidup mereka. Masa aku kecik dulu kalau hujan lebat tu kan... suka benor pergi tadah badan kat cucuran atap tu kan. Macam mandi air terjun. Heaven.

Ok la... hati2 ya musim hujan ni. Tak kira di mana. Kalau atas jalan, jalan licin maka berhati2 ya. Stay alert. Pasang lampu. Kalau pun korang boleh nampak lagi kete2 lain TAPI takut orang tak nampak kete korang.

Hati2 ya.

2 ulasan:

MulutPayau berkata...

hehe..samalah..masa kecik2 dulu selalu main hujan..
Anak2 akak mmng tak suka main air hujan....takmacam kita dulu..seronok mngimbau kenangan zaman dulu2..

AziE berkata...

Mp - Kita pun terasa ala2 muda remaja sentiasa kan... :)