22 Ogo 2014

MH17 - Salam Takziah



Hari ni hari kepulangan jenazah MH17. Walau pun aku tidak mengenali namun mereka yang terdekat dengan aku punya cerita terdekat dengan mereka. Hatta siapa pun mereka cerita akhiran mereka amat menyedihkan, amat terasa di sanubari.

Bersabarlah hati ... Bersabarlah keluarga ... Bersabarlah kenalan ... Bersabarlah pemimpin negara... Bersabarlah rakyat Malaysia. Hidup temannya mati. Moga mereka aman & mendapat tempat di sisi Nya.

Nota : MH370 - Mendoakan akan ada satu titik. 

4 Ogo 2014

Komplot Agen Pembantu Rumah Zaihan Md Lani & Pembantu Rumah Erma Yanti

Sila berhati-hati dengan mereka ini. Sila sebarkan supaya korang tak terkena seperti kami.

Agen Pembantu Rumah : Zaihan Md Lani

Pembantu Rumah : Erma Yanti dari Pekan Baru, Indonesia.


Kami ambik maid melalui agen ini pada Jan 2014 baru ni. Kos pengambilan RM8500.00 tidak termasuk kos permit & fomema. Perjanjian asal gaji ditolak 4 bulan. Gaji sebulan RM700. Kami berjaya nego for 9 months warranty. Later agen bagi diskaun RM1500 dengan potongan gaji 2 bulan instead 4 bulan. Maid ini kata agen tiada sedara mara di sini dan tidak pernah bercuti pun dengan majikan sebelum ini. Faktor ini menarik bagi kami. Cuti dia boleh kami extend bila dia pulang bercuti ke kampung dia nanti. Pikir kami begitu lah.Waktu tu maid berada di Pekan Baru dalam tempoh 'bertenang' selepas habis kontrak pembantu rumah di Malaysia. Sebelum ni pernah bekerja 2 tahun. Manage to talk to maid to be ni tika itu. Selain update syarat2 keje seperti kebanyakan maid lain, kami juga nyatakan larangan penggunaan handphone sehinggalah kami benarkan. Persetujuan dicapai dan kami bersetuju dia bekerja dengan kami.

Jan 2014 - Maid sampai pada 03.01.2014. Observation awal kami, maid ni pandai buat keje2 rumah. Layanan untuk anak3 aku juga ok. Mungkin pengalaman dia yang pernah bekerja di sini sebelum ni selama 2 tahun banyak membantu. Kami banyak memerhati dan hanya sekali sekala menegur. Hubby sebok uruskan permit untuk maid. Diberitahu permit untuk pembantu rumah Indonesia dibekukan. Hubby usaha juga panjat pejabat2 berkaitan untuk dapatkan permit. Yang akhirnya Alhamdulillah..

Feb 2014 - Maid nampaknya begitu beramah mesra dengan maid2 jiran. Kadang bawak balik citer jiran sana jiran sini. Hal ni aku tak berkenan. Awal kedatangannya siap cakap dia tak suka bersembang2 dgn maid lain. Lain jadinya ni. Kami buat teguran. Tak tahu dia patuh ke tidak.

Agen mintak pertemuan dengan maid. Kami kehairanan..kenapa & mengapa nak jumpa. Kata agen ia hanya procedure biasa. 

March 2014 - Maid demand dan berkeras pasal cuti. Beritahu husband dia juga dah masuk Malaysia. Nak cuti jumpa husband. Husbandnya di Mersing. Kami reluctant pasal cuti ni. Sebelum datang bekerja dgn kami cakap lain. Tambahan belum pun lepasi 6 bulan keje dengan kami. Maid mula melawan cakap. Mula bercakap kasar. Mula menjawab walau bukan soklan diberi. Maid tunjukkan sifat tidak hormati kami sebg majikan. Mula bercerita perihal anak2 jiran yang tak best di dengar. Pernah dia claim dia tak suka bercampur dan bercakap2 sesama maid kejiranan. Kami menegur akan sifatnya ini. Nampaknya lain yang berlaku. 

Tapi kami longgarkan penggunaan phone. Fix lined phone dibenarkan utk maid buat personal call. Line ni streamyx dedicated je. Syarat mesti bertanggungjawab untuk bayaran bil. 

April 2014 - Hubungi agen mintak khidmat kaunseling kerana sikap maid makin buruk. Kami cuba kurangkan komunikasi dgn dia. Hubungan maid dgn anak2 kelihatan ok cuma bermasalah dgn kami. Bill phone cecah RM600. Maid taknak bayar sbb maid cakap phone itu majikan yang punya. Kami berkeras dia perlu bayar bil itu. Tiba2 bil bulan ni tak sampai. Tak logik.

May 2014 - Hasil kaunseling maid n agen - agen putuskan dia akan uruskan percutian. Dia ambik dan hantar maid ke tempat yang dia mahu pergi. Selain tu agen jugak diskas pasal bayaran gaji. Kami jadi puzzled sbb urusan gaji adalah urusan kami setelah sama2 bersetuju pada awal lg. Dan juga kami follow je perjanjian yang dipersetujui.

Maid kami benarkan bercuti dan kami hantar kepada agen. Kehairanan lagi kami bila agen tanya pasal gaji maid dah diberi semua ke tak. Sebaliknya kami dulukan sebulan gaji bila maid bagitahu husbandnya perlukan duit untuk urusan permitnya. Agen jugak mintak passport maid diserahkan. Passport tu kami bagi fotostat copy since kami jugak perlukan security kan.

The next day, maid sepatutnya balik tetapi agen call bagitahu maid dah tak minat kerja dgn kami. Tak percaya dan hilang yakin untuk bekerja dgn kami. Kami terkejut dan bertanya atas dasar apa kepercayaan dan keyakinan takde dan status kontraknya jelas untuk perkhidmatan selama 2 tahun. Agen bersama maid tika itu. Kami jugak bercakap dgn maid mintak kepastian. Sungguh angkuh dgn jawapannya. Maid tidak percaya dengan gaji yang diberi. Hairan bin ajaib. Dia terhutang dgn kami lagi ada.

Takpe la.... rezeki kami....

Esoknya, agen call mintak jumpa dia di imigresen Putrajaya untuk selesaikan urusan maid tadi. Mintak kami pulangkan passport dan mintak kami kemaskan barang2 bibik. HEBATkan permintaan itu. Menyakitkan hati.

Agen cuba perdagangkan maid itu. Agen jugak ambik kesempatan atas permit yang baru diluluskan. Kononnya hulurkan bantuan tetapi ada agenda lain.

Kami dapat nasihat berbeza daripada Imigresen yang mintak kami membuat laporan polis dan jangan sesekali serahkan passport. Dalam masa yang sama kami membuat laporan kepada pihak2 yang berwajib yang lain.

Kami dapat maki hamun agen bila kami beritahu apa tindakan yang wajar kami instead apa yang agen mintak kami lakukan. Kami stresskan urusan kami dengan agen masih belum settle kerana masih dalam warranty. Kami mintak maid gantian atau reimburse kami RM6k. Agen boleh cakap walau kami ke tribunal pengguna, kami takkan menang. So kami boleh agak respond agen.

Agen berdaftar ini rupanya dalam perhatian pihak berkuasa. Company yang bermasalah. Cumanya kami tak pasti 'dalam perhatian' itu sehingga bila. Entah.... kami masih mengharapkan duit kami dipulangkan sepertimana yang dijanjikan dlam kontrak. Kami haramkan untuk makan minum untuknya sekeluarga atas dasar penipuan ini.

Maid cuba hubungi maid jiran. Permintaannya agar kami kemas barang dia dan kirimkan kepada maid jiran. WAH...WAHH... hebat jugak dia mengarahkan kami kemas barang dia. Kami kemas barang dia. Cuma tempat penghantarannya je yang berbeza. Barangnya layak ke tempat penglupusan sampah sahaja.

Kami jadi sedikit kelam kabut menguruskan jadual harian kami tetapi manageable. Ramai lagi insan2 prihatin dan baik untuk kami. Syukur. Dalam kesukaran pasti ada senangnya. Dalam masam ada manisnya.

Kami setapak ke depan dalam menangani rencah kehidupan dan mengenali kehidupan. Moga kami sentiasa dalam lindunganNya. Aminnn...

Nota : Cer korang google nama agen tu. Apa yang korang jumpa?

Jem raya

Salam uols.... Selamat Hari Raya.
Macamana raya korang semua. Seronok ya. Alhamdulillah...

Kami sekeluarga beraya di Tganu tahun ni. Perjalanan pulang ke kampung kali ni amat meletihkan dan amat panjang. Memang kami jangka akan kesesakan jalanraya tetapi tak terjangka sepertimana yang terpaksa kami harung. 

Kami berjaya avoid jem di tol Gombak bila mana kami ambik alternative Batang Kali ke Genting. Tapi bila berlaku tanah runtuh di LPT2, kami yang ambik jalan lama terpaksa berkongsi sesak dengan mereka yang berpatah balik ke jalan lama di Kuantan. Sungguh meletihkan.

Sampai ke kampung tengahari hari Ahad menjadikan aku seperti lipas kudung. Bergerak tanpa henti untuk memastikan sambutan raya berjalan lancar.

Alhamdulillah... kami sefamily selamat sampai ke kampung, selamat merayakan hari raya dengan ahli keluarga terdekat dan jugak selamat kembali ke Shah Alam tanpa rintangan jalanraya sesak.

Hari ni aku dah pun kembali ke tempat keje. Memulakan rutin seperti biasa.