14 Nov 2013

Keputusan UPSR

Tahniah kepada yang berjaya. Rasanya makAyah yang terasa maha hebat dengan kejayaan anak kan. Aku tumpang bangga juga dengan pencapaian anak2 mereka. Mesti masing2 mengimbas kembali how the journey was kan. Kalau yang rasa lelah dulu tu... mesti minda terasa ringan dan seakan terapung la kut...Mmm melampau betul ayat aku... huhuhu... terasa bangga sebenarnya.

Anak kawan aku, chinese school, her result straight A's. So special. Mereka ada 2 extra subject compared to sekolah kebangsaan. Pemahaman & Penulisan Bahasa Cina. Orang melayu nak score A in bahasa melayu pun susah. Ni pulak orang melayu yang berjaya in bahasa cina. Mamang tabik. Satu lagi, kawan aku ibu tunggal. Kali ke 2 aku tabik dia.

Tak mudah nak menten anak melayu di sekolah cina nowadays. Terutama di Lembah Klang. Pada aku mereka amalkan racist. Citer racist later2. Banyak faktor dan isu lain yang bersangkutan.

So mana hala tuju anak2 selepas ni? MakAyah jugak yang sebok kan. Cari info sana sini. SBP? MRSM? dan sekolah2 terpilih yang lain. Imtiaz dah boleh start apply mulai hari ni. Ada 10 hari je masa yang diberi. MRSM pulak dah boleh guna PIN yang dapat masa register ari tu. SBP dah buat awal2 lagi kan. Sebelum result keluar.

MakAyah..... pastikan anak2 memang mahu pergi ke asrama ya. Jangan syok sendiri je. Sedangkan anak masih mahu duduk bersama keluarga lagi. Banyak kesan2 negatif nya nanti.

Anak2 pulak yang memang berminat nak duduk asrama, mungkin boleh get prepare mulai hari ni. Jangan ingat yang indah2 je bila tinggal di asrama. Anda akan terasa kehilangan keluarga nanti. Anda akan terasa masakan ibu jugak yang terbaik nanti. Anda akan terasa segalanya anda sendiri nanti. Bila segalanya, anda kena berfikir secara detail dari yang sebesar2nya sehingga sekecik2nya. Bantuan keluarga akan sampai bukan secara pantas. Ingat tu. Di sana adalah tempat untuk berdikari.

Sekolah - Tercapai tak KPI?
KPM - Macamana KPI kali ni? Selain peperiksaan demi peperiksaan, apakah pembangunan nilai insan yang menjadi agenda? Mereka adalah generasi pewaris negara. Jangan terlalu hadap KPI tanpa memikirkan pembangunan sahsiah.

Selamat bergembira ibu-ibu-bapa-bapa-anak-anak. 

Kepada yang kurang berjaya, this is not the only exam and the world is not end yet too. Aim your dream and strive for succeed.

Bai.

2 ulasan:

MulutPayau berkata...

Tahniah kpda yg berjaya dlm Upsr..
Betul tu, kadang2 ibu bapa yg terlebih..anak akak sndiri dpt tawaran ke asrama, tapi dia tolak kerana tak bersedia, sedangkan kita beria2 minta dia ke sana..tapi akhirnya akak akur dgn keputusan anak..
Ramai juga bekas murid sekolah akak yg awalnya menerima utk masuk ke asrama penuh, akhirnya terpaksa berpatah sekerat jalan...balik ke sekolah biasa kerana tidak mahu berjauhan dgn keluarga ...

AziE berkata...

MP - Tu kadang2 SBP ada sampai 3rd intake tu. Sbb ramai keluar.