26 Nov 2013

Kongsi Foto

Bila media sosial terlalu powerful. Semua bende ada kebolehan untuk kongsi2. Kadang2 kita tak terpikir akan kekuatan kongsi2 ni. 

Cerita pasal foto2 ni kan. Digital foto la... yang boleh detect macam2 info location. Korang perasan tak setiap foto tu ada properties nya. Info lengkap tentang satu-satu foto. Jenis camera, tarikh, masa dan location.  Info ni banyak membantu... samada membantu ke arah positif ataupun sebaliknya.

Hmmm.... gambar2 yang aku post kat sini dulu pun pernah jadi bahan bicara jugak kan. Walaupun aku hanya berniat berkongsi rasa, berkongsi ria. Tanpa ada niat selain itu... tapi yuppp... bicara mereka pelbagai... mata mereka tetap mata mereka. Hati mereka juga tetap hati mereka.

Kalau ke arah positif... alhamdulillah
Kalau ke arah negatif.... Mmmm.... Nauzubillah....

Samada kita post gambar di rumah atau dalam perjalanan. Keep safety in mind by asking yourself. Tips aku dapat drp yahoo.com. Aku cuba olah balik mengikut kepahaman aku sendiri. Sama2 kita belajar okay. 

  • Sapa yang boleh tengok gambar? Tukar privacy setting untuk kontrol sapa yang boleh tengok k.
  • Gambar ni ada personal info tak? Mungkin kita tak nak lokasi gambar itu diketahui kan. Macam landmark kawasan kediaman ke. Lain la kalau korang bergambar kat KLCC, sah2 background tu KLCC building kan... Tak boleh nak sorok lagi la your location.
  • Geolocation camne pulak. Biasanya aku disable je function ni.
  • Mereka diluar sana begitu majmuk. Boleh ke identity niat mereka. Tak kan?? Kalau dulu orang kata rambut sama hitam tapi hati lain2. Tapi la ni rambut dah berkaler2 dah kan... hati lagi la bermacam kaler. Report pada service provider kalau kita menerima komen ugutan daripada ntah sapa2 tu. Mereka mungkin boleh buat something.
Jom bergambar :)


Tiada ulasan: