15 Nov 2013

Filem/Drama Adaptasi Novel

Dah jadi trend lately untuk tarik minat penonton menerusi cerita2 novel. Bukan fenomena baru kan. Habis satu novel ke satu novel ditayangkan. Boleh kata semua stesen tv galak menayangkan cerita2 novel.

Bila ambik cerita novel ni mudah la kan. Cerita sedia ada. Penonton pun sedia ada juga melalui pembaca2 novel tersebut. Instant. Ia mencipta rating tersendiri. Itu yang menjadi daya tarikan kepada pangarah dan penerbit kan. Bukan senang menarik penonton untuk menonton.

Pada aku bila fenomena ini berlaku, bukan hanya sudut penonton dan pembaca je yang rasa minat mereka berkembang dan terisi, tetapi juga boleh menarik minat orang untuk membaca novel. Secara tak langsung meningkat golongan pembaca membaca. Kan ke masyarakat kita amat kurang membaca. Takpe la kalau hanya membaca novel, bukan ilmiah. Tidakkah dalam memupuk minat membaca, perlukan daya tarikan terlebih dahulu?

Berbalik kepada adaptasi ni. Rasanya aku bermula dengan Filem Ombak Rindu. Banyak review mengatakan ia adalah adaptasi daripada novel yang laris dipasaran. Maka ia telah membawa aku untuk menjejak kaki ke panggung. Untuk betapa masyhurnya karya penulis novel tersebut. 

Kali ke 2, member sebok promote cerita Adam & Hawa. Masa tu cerita ni dah masuk episod 32. Best2 kata mereka dengan pilihan pelakon yang terbaik juga. Rasa tak sabar untuk aku catch up cerita tu maka berkunjung aku ke Popular untuk beli novel tersebut. Atas rasa tak sabar jugak untuk tahu ending nya bagaimana maka pulun la aku menghabiskan bacaan novel.

Berlaku juga pada drama Love U Mr Arrogant. Cerita dah  nak habis baru dengar kawan2 bercerita. Gigih download dan gigih pergi Popular untuk novelnya. Sehingga cerita ni tamat. Jodoh Itu Milik Kita pun sama. Pulun tengok kat internet dulu. Tak sabar mahu tahu ending, pergi beli novel jugak.

Kecuali Suami Aku Ustaz.. aku ambik je kat shelf Popular tu. Nanti karang banyak kali sangat jejak kaki ke kedai buku. Tapi cerita Playboy Itu Suami Aku langsung tak menarik minat aku. Rasa ada gap pulak, rasa cerita kebudak2kan. Takpe la...

Aku rasa lepas ni kalau nak beli novel, cari je yang menjadi perhatian adaptasi ni. Mesti ia adalah daripada rating jualan yang tinggi juga. Rasa berbaloi sikit membeli dan membaca novel.

Jom-jom semai minat membaca.



Koleksi Adaptasi aku setakat ni

1 ulasan:

6ky Angel berkata...

yani dh ada semua kecuali Adam dan Hawa.. tp yg best.. semua kes kawin terpaksa.. jd trend kot..