13 Nov 2013

Tembak

Menjadi-jadi pulak kes tembak lately. Apa ntah nak jadi kat negara tercinta ni. Marah sikit tembak, dengki sikit tembak, tergugat sikit tembak. Apa je tak puas hati...solusinya tembak. So PUAS, tenang??!!!

Manusia sekarang ni stress sangat ke. Sampai takleh nak pikir waras. Sampai nak kena ikut kata hati. Tak perlu pikir hati orang lain asalkan matlamat sendiri tercapai.

Kes pegawai bank kena tembak tempoh hari, kes penguatkuasa kena tembak 2, 3 hari lepas dan kes2 yang sewaktu dengannya. Banyak kan kes2 sedemikian rupa. Pembunuh pegawai bank tu dah kena tangkap pun. Ikut hati mahu je disepai2kan kepala dia tu. Hati aku la... ramai kut nya yang punya kata hati begitu. Nak bagitahu yang kes dia buat tu mengundang kemarahan yang maha tinggi. 

Kita hidup ada peraturan dan undang2. Kita serahkan kepada yang berwajib kes ni. Jangan pulak akal kita jadi sama dengan barua tu.

Oh ya kalau kes tembak tidak melibatkan hilang nyawa. Kalau kes tembak dengan kata-kata... luka hati la kan. Pedihnya Allah je yang tahu. Besar mana, dalam mana kadang2 tak terduga. Hati2 ya bermain dengan kata2. Hidup kita juga ada peradapan, ada garis panduan dan yang penting ada dosa pahalanya.

Jangan main tembak-tembak ya.

Tiada ulasan: