23 Jan 2014

Kindness

KINDNESS
is the language which the deaf can hear and the blind can see
- Mark Twain-

20 Jan 2014

Petticoat

Ataupun panggilan lainnya - kain dalam

Ntah apa nak citer ek. Tetiba topik petticoat.

Zaman Sekolah & Uni

Masa sekolah dulu semacam wajib memakai petticoat ni. Perkara wajib kedua zaman sekolah dulu ialah bila balik kelas, londeh semua uniform sekolah dan jadikan petticoat uniform petang. Pakai ala2 berkemban. Lepak2 kat bilik member dengan uniform yang baru tu pulak. Rizen asalnya adalah panas... apa salahnya berkemban dulu dengan petticoat. Ada experience cenggitu tak korang?

Zaman matrik dan zaman uni... entah ke mana pulak hilangnya petticoat. Zaman tak pakai uniform kan. Pakai baju pun ada kaler, ada pattern zaman nak menjadi dewasa la katakann. Mana nak nampak tiang seri bila bunga2 baju, corak2 kain dan warna kain boleh mengaburi mata kan. 

Zaman berkerjaya - sama je dgn zaman uni. Tak ambik port la bende gini. Tak ambik hirau pandangan mata orang langsung. Ala tiang seri aku macam org lain juga. Takde pun extraordinary nya pun. Pedulikan aje.

Tapi...

Usia...pengalaman...pengetahuan...persekitaran boleh mengubah manusia. Mengubah manusia menjadi lebih baik pastinya. Dan pastinya juga aku sedang cuba menjadi muslimah yang lebih baik walau hanya tentang perkara sekecil memakai petticoat.

Salam.

16 Jan 2014

Melangkah 2014

Hari ni 16.01.2014. Dah dalam tahun baru. Blog ni baru nak mula 2014...Mmmm apa daaa... Sebenarnya mood tahun baru belum sampai. Hahaha.. masih dalam mood cuti-cuti. Korang dah semangat eh mengharungi tahun baru ya.

Jan 2014 banyak pulak public holiday. Tu yang aura baru tak masuk-masuk ni. Teruk betul kan. Caya ke? Sebenarnya, aku dok peram momentum ni. Bila masuk Feb 2014 nanti.... tak pasti aku kena start dengan gear berapa. Mungkin terus gear 3 kut. 2 project yang besar menunggu. Mahu kena berkampung lagi di opis.

Not much resolution pada tahun baru ni. Aku lebih kepada mahu memperbaiki dan mempersiapkan diri kepada matlamat yang lebih pasti, di sana nanti. So bila berkata tentang perubahan diri sendiri, moga kalian jugak mendoakan aku ya.

Yang lain2 macam biasa. Tak banyak berubah. Aku masih menyusun perjalanan kehidupan yang sebolehnya aku ingin seimbangkan. Perhatian kepada keluarga yang sedang aku bina dan kukuhkan ini, tanggungjawab aku kepada bonda tercinta, peranan aku di dalam keluarga hubby dan peranan aku dalam masyarakat.

Aku terfikir pada langkahan aku sekarang, it's time to give.... to people... to society. Rasanya dah banyak pengalaman yang boleh dikongsi dan dimanafaatkan bersama. Moga niat aku ni dipermudahkanNya.

So korang... selamat tahun baru. 

31 Dis 2013

Ambang 2014

2013
Selamat tinggal
Sarat pengalaman
Sarat pengertian
Sarat pengajaran
Untuk semalam
Untuk esok

2014

Harapan baru
Inspirasi baru
Hatta ia juga bersama kegagalan lalu

Moga kita berjaya dunia akhirat

Moga Allah bersama kita ..... melindungi dan merahmati

Hijrah

Oppsss.... betul la tu... tak salah rumah pun korang masuk ni. Masih tuan rumah yang sama. Sila, sila dan jemput datang seperti biasa ya ke sini. Nikmati hidangan seadanya. Kalau difikirkan ada kebaikannya, sama-sama kita manafaatkan. Kalau sebaliknya...kalau korang nak aku improve boleh la tegur elok2. Iya tegur elok2.

Sempena kita baru je melangkah ke tahun baru Hijrah, maka blog ni juga mahu berhijrah. Pasti ada sesuatu yang membuatkan sesiapa juga berhijrah kan. So perhijrahan bukanlah sesuatu yang luar biasa pun. Cumanya mungkin faktor pemangkinnya sahaja yang berbeza.

Cerita semalam....
Aku belajar sesuatu tentang penulisan semalam.  Blog ini dijadikan sumber rujukan penghasilan 'Biography Hubby'. MasyaAllah... jangan begitu. Penceritaan aku di blog ini bukan sepenuhnya, bukan semua dikongsikan. Dan tak layak dijadikan bahan rujukan pun. Korang sendiri sedia maklum kan korang berada dalam kelompok mana wahai policy maker, wahai cendikiawan. Takkkaaaan la.... mencari sumber gossip, sumber tak sahih macam gini.

Aku takut dan bimbang cerita2 korang tu nanti hanya menjurus untuk membenarkan PERSEPSI korang sendiri. Aku punya instinct korang bukan mencari kebaikan di sini tetapi hanya untuk menjatuhkan semata.

Aku ngeri dengan politik opis korang!

Cerita hari ini...
Aku nak tukar konsep penceritaan di blog ni. Tak nak sentuh cerita2 peribadi dan keluarga sendiri lagi di sini. Aku nak menulis something yang membawa dan memberi manafaat bersama. In Sha Allah...

Untuk pengetahuan korang blog peribadi aku masih wujud. Blog peribadi ni dah seakan penganti diary pulak. Mana mungkin catatan kehidupan sendiri tak tinggal jejak kan. Blog by invitation. Alaaaa....takde la gah sangat pun kehidupan aku tu. Cuma... iya la... cerita semalam tu membuatkan aku rasa kehidupan peribadi aku diintip. Bukan retis pun kan. Tapi....tinggalkan email address kat ruangan komen kalau korang berminat dengan blog peribadi aku tu. Hahaha...bajet retis juga tu....

Link personal blog seperti sebelah - AziE. Ok la moga hari ini menjadi lebih baik daripada semalam. Assalamualaikum...

27 Dis 2013

Lunch @Kumar's Bistro, Ara Damansara

Boss takleh hadirkan diri untuk seminar Dell. Maka aku pergi le ganti. Selalunya seminar ke... workshop ke... kat hotel selalunya kan. Tapi mereka ubah kebiasaan sikit. Event kat restaurant. 

Actually ni 2n time yang aku pergi event Dell Server yang diadakan tempat seumpama ni. Sebelum ni kat Dr Cafe. Dr Cafe ni buat dalam keadaan santai. Tempat tak sesuai sangat kut kat sini sbb sambil duduk kat sofa.. santai bagai... korang kena dengar presentation instead music kan. Lelap la jawabnya... nanti kalau ada masa aku review sikit pasal roti2 mereka k.

Berbalik kat Kumar's Bistro ni. Tempatnya ok. Sbb mereka ada sediakan bilik khas untuk presentation. Comfortable juga nak dengar dan nak tengok presentation.

Biasa la event pasti sampai ke tengahari kan. So lunch la kami di sini. Kumar's ni from nama dah tahu kan Indian Cuisine. Cuba kari la kan. Kan kari terkenal bagi mereka. Kali ni cuba menu kari kambing mereka. Sedap jugak. Dalca biasa2 saja dan yang lainnya.

Beriani-Dalca-kari kambing-papadom
Takde ulangan ke tempat yang sama untuk lunch rasanya pada aku. Bukan selera aku di sini. Kepada yang berminat dengan Indian Cuisine.. korang boleh cuba. Deco mereka cantik dan korang boleh nikmati hidangan dgn tenang. Lanskap di luar juga cantik di sini. 

Ok la... nanti kita review tempat lain pulak.

23 Dis 2013

Sorotan 2013 : Kawan-kawan Sekolah

Diam tak diam dah sampai ke hujung tahun 2013. Masih terasa baru je sebok2 habiskan cuti tahun 2012. Ni kembali sebok2 habiskan cuti tahun 2013. Tika ni juga sebok2 tanda kalendar 2013 dahhh tiba pulak kembali menanda kelendar 2014. Tanda cuti2 Malaysia dan cuti2 sekolah...hahaha... korang pun sama cenggitu jugak kan.

Pada 2013 ni aku rasa paling banyak aku hadirkan diri untuk gathering bersama kawan2 sekolah sama batch. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami masih punya kesempatan untuk bertemu dan memanjangkan lagi silaturahim yang sedia terjalin. Menjadikannya semakin utuh dan kuat. Kerana kami membesar bersama. Itu yang menjadikan kami kuat. 

Sedikit gambar sebahagian perjumpaan kami secara rawak sepanjang 2013. Kalau taruk semua jenuh la plak nak upload setiap event kan.

xMRSMKT - Dalam usaha menubuhkan koperasi

xMRSMKT - Dinner at ASAPANAS owned by our friend.

xMRSMKTN - Makan2 at our MIMOS Director's House

xMRSMKT - 35th Anniversary Dinner

xMRSMKT - Breakfast at our Talisman's GM house

xUUM - BBQ at our UUM Lecturer's house
Dalam kami bergembira, tidak semua kawan2 kami dapat mengharungi kehidupan seperti sebahagian besar kami. Kami amat bersedih bila mengetahuinya. Kunjungan demi kunjungan kami lakukan demi sebuah persahabatan. Usaha demi usaha juga sedang kami jalankan supaya jurang antara kami tidak terlalu berbeza. 
  1. Zulhusni - kawan aku tika di MRSMKT. Kehidupannya amat menyedihkan aku. Semasa kunjungan rakan2... dia masih seperti dulu. Punya kisah yang tersendiri dan moga kami boleh membantu meringankan beban. Amin. 
  2. Arifin - Juga kawan aku tika di MRSMKT. Dia diserang stroke. Punya isteri yang cukup mengkagumkan. Moga mereka sekeluarga tetap tabah mengharungi kehidupan.
  3. Mangsa gelombang banjir besar di Kuantan & Kemaman. Beberapa kawan2 kami menghadapi ujian ini. Ada antara mereka menghadapi total lost property. Sungguh sedih. Kerana itu juga antara kami telah menubuhkan pasukan membantu yang bergerak tanpa campurtangan politik atau media publisiti yang lain. Sepantas kilat dalam 30 jam pertama kami berjaya mengumpul dana sebanyak RM22K. Kami bangga dengan kekuatan setiakawan kami.
  4. Cikgu Wan Tik Sakinah - Pengetua kami di MRSMKT semasa era kami. Dia kehilangan suami buat selama2nya akibat sakit kulit yang kronik. Kami bersama cikgu sehingga saat2 sukar ini. Moga sokongan kami meringankan sedikit beban cikgu. 

Semalam bukan hanya kenangan yang ditinggalkan tapi menjadi kekuatan untuk hari esok. Moga kita menjadi insan yang saling perlu memerlukan untuk jangka waktu yang panjang.

Selamat menyingkap tabir 2014 pula nanti. :)