Hari ni 16.01.2014. Dah dalam tahun baru. Blog ni baru nak mula 2014...Mmmm apa daaa... Sebenarnya mood tahun baru belum sampai. Hahaha.. masih dalam mood cuti-cuti. Korang dah semangat eh mengharungi tahun baru ya.
Jan 2014 banyak pulak public holiday. Tu yang aura baru tak masuk-masuk ni. Teruk betul kan. Caya ke? Sebenarnya, aku dok peram momentum ni. Bila masuk Feb 2014 nanti.... tak pasti aku kena start dengan gear berapa. Mungkin terus gear 3 kut. 2 project yang besar menunggu. Mahu kena berkampung lagi di opis.
Not much resolution pada tahun baru ni. Aku lebih kepada mahu memperbaiki dan mempersiapkan diri kepada matlamat yang lebih pasti, di sana nanti. So bila berkata tentang perubahan diri sendiri, moga kalian jugak mendoakan aku ya.
Yang lain2 macam biasa. Tak banyak berubah. Aku masih menyusun perjalanan kehidupan yang sebolehnya aku ingin seimbangkan. Perhatian kepada keluarga yang sedang aku bina dan kukuhkan ini, tanggungjawab aku kepada bonda tercinta, peranan aku di dalam keluarga hubby dan peranan aku dalam masyarakat.
Aku terfikir pada langkahan aku sekarang, it's time to give.... to people... to society. Rasanya dah banyak pengalaman yang boleh dikongsi dan dimanafaatkan bersama. Moga niat aku ni dipermudahkanNya.
So korang... selamat tahun baru.
1 ulasan:
Cepat jer kan masa berlalu..dah nak masuk bulan Feb..
Selamat bercuti CNY dik...
Catat Ulasan