Bibik
Setelah bibik Eka berkhidmat
untuk kami selama 5 tahun, melalui agen tempatan Zaihan, kami mendapat khidmat
bibik Eti. Lebih kurang 4 bulan berkhidmat, agen dan bibik Eti berpakat menipu
kami. Mereka breach the contract. Janji
hanya tinggal janji. Macam takde beza ambik maid dgn agen berdaftar. Malah kami rugi beribu RM. Hurmmm…. Masa untuk muhasabah diri.
Allah pilih kami untuk di uji.
Alhamdulillah sekarang kami
bersama bibik Umi. Kami urus sendiri pengambilan kali ini setelah mendapat
pertolongan daripada kawan hubby. Hubby jemput mereka kat airport Jakarta. One
day trip. Awal pagi ke Jakarta. Pukul 9pm sampai semula ke KLIA bersama bibik.
Begitu berusaha hubby untuk keluarga. Terima kasih tak terhingga.
Kerjaya
Hubby kembali berkhidmat di
Selangor. Tidak lagi di Putrajaya. Tidak lagi outstation demi outstation. Kini
banyak masa bersama keluarga. Alhamdulillah. Moga Allah sentiasa melindungi dan
memelihara kehidupan kami sekeluarga. Aaminn…
Tahun ni jg kampeni aku declare bonus tertinggi sejak beroperasi. Walau ada pelbagai perasaan berbaur
syukur, suka dan terkilan tapi akhiranNya… Alhamdulillah. Selagi amanah dan tanggungjawab
dilaksanakan, yang lain2 aku mengharap bonusNya di sana. Tahun ni juga extra sibuk. Extra
penat dan extra komplen drp anak2.
Bonda
Bonda makin uzur. Kebajikannya
perlu diambilberat. Syukur berkesempatan menjaga bonda sepanjang August 2014 di
rumah aku di sini. Selepas hari raya haji tempohari adik beradik telah
bermesyuarat tentang penjagaan bonda. Tanpa aku. Solutionnya bagus cuma aku
terkekang sangat dengan solution tersebut. Walaupun disuarakan dan dinyatakan
kekangan tersebut, tapi nampaknya kekangan aku tidak dipedulikan dan
dipinggirkan. Aku cuba berbincang melalui grup whatsap keluarga tetapi entah
la…… Harap mereka tidak salah faham dengan keputusan yang aku nyatakan semasa pulang ke
kampung masa cuti sekolah tempohari.
Anak-anak
Mereka semakin besar dan semakin
perlu diberi perhatian, tunjuk ajar dan didikan. Moga mereka membesar sebagai
insan yang berguna dunia akhirat. Yong dapat anugerah kecermalangan akademik tahun ni. Bangga juga dengan keupayaan dan tekad yong bersaing di sekolah cina tu.
Nyah menghabiskan sesi tadikanya dengan penutup konsert yang memeranjatkan aku dengan keupayaan dia. Comei tetap celoteh nya yang tak pernah kering. Terhibur.
Kawan-kawan
Media social memang amat
memudahkan dan mengeratkan. Tahun ni jugak mula mengukir catatan bersama dengan
outing2 yang kami lakukan bersama. Moga persahabatan semenjak kami berusia 13
tahun terus semarak mekar.
Tahun ni jugak beberapa kawan di landa musibah. Sakit dan bencana. Bukankah hadir kawan2 untuk membantu? Alhamdulillah dengan semangat setiakawan dikalangan kami.
Banjir
Akhir tahun 2013 dan 2014
menyaksikan negara dilanda musibah banjir. Tahun 2014 dalam skala yang amat
besar. Kawan2 juga tidak terkecuali ditimpa musibah ini. Moga pertolongan yang
dihulur dapat mengubatkan luka walaupun tidak menyembuhkannya.
Sakit
AKu – sepanjang tahun sakit urat.
Jumpa specialist bagai. Jumpa tukang urut segala. Tapi Allah belum izinkan
kesembuhan. Masih berubat. Moga sakit ni mampu menjadikan aku semakin dekat kepadaNya.
Blog
Sukar memeriahkan blog dengan kekangan yang sedia ada ni. Terasa rugi juga bila takde catatan hidup. Dah la diary atau journal macam dulu2 dah tak maintain.
Okay la.... dah panjang celoteh. Tak cover pun semua cerita suka duka cuma picked je mana2 yang terlintas. Tak tersusun jalan ceritanya. Tapi itu la sebahagian yang membangkitkan jalan cerita 2015.
Moga hidup kita sentiasa dalam redhaNya. Aaminn...