19 Mac 2015

Sakit, moga terhapus dosa kecil

** Dah lama tersimpan dalam draft***

Sakit itu sebahagian ujian daripada Allah kepada hambanya kan...

Bermula akhir tahun lepas aku start sakit kat usus besar. Bila aku duduk bersila terlalu lama pulak... rasa nak tanggal pinggang bila nak bangun tu. Sambil urut2 pinggang sambil2 pegang perut. Sakit amat di perut dan pinggang kanan.

Pergi klinik - doktor prescribe ubat kencing kotor je bila ujian air kencing di buat. Hilang kencing kotor tapi sakit di usus dan pinggang masih di situ. Mintak doktor refer aku ke surgeon. Bila jumpa surgeon pulak, buat ultrasound then alhamdulillah.. Nothing abnormal. Tapi sakit masih terasa. Apa la sakit aku yg sebenarnya...

Surgeon ckp next step is masukkan camera ke usus. Ngeri sungguh mendengar dan melihat gambar usus dan procedurnya. Aku mintak tangguh procedur dan mahu cuba cara alternatif. Surgeon bekalkan aku ubat yg bukan sikit tau.

Aku pergi berurut. Kata tukang urut pulak tempat sakit tu penuh angin. Dia usaha keluarkan angin tu. Alhamdulillah... Sakit di usus hilang. Pinggang aku masih sakit.

Sekarang sakit di pinggang tu menular pulak ke bahu dan kepala. Samp ai sukar nak angkat apa2 yang agak berat. Mesti sakit tu menyengat dan ngilu di kepala. Sakit sekitar bahu tu bagai nak mengalir air mata menahan. 2

Sudah 2, 3 kali mengulang urut. Tukang urut lebih sifatkan sakit aku ni disebabkan angin sudah serang urat saraf. Urut2 tu ada la jugak kurangnya.

Dalam masa yang sama pergi mengadu sakit yang sama. Doktor bekalkan vitamin saraf pulak. Masih sakit cuma badan mula immune. Badan cuba bertahan.

Kadang terpikir juga ke arah sakit2 buatan manusia ni. Entah la.... aku cuma cuba mencari punca kenapa sakit aku ni begini. Harap yang ini hanya mainan jahat fikiran.

Aku cuba bertahan sehingga project GST ni berakhir then aku nak cuba berjumpa Neurologist pulak. Kut dapat jawapan dan penyelesaian. Usia pun semakin menginjak ke senja kan. Banyak benda belum selesai. Bila sakit2 gini macam2 la pikirnya. Mmmm......

Doakan aku ya.

1 ulasan:

6ky berkata...

sis,
yani pnh kena sakit snegal kt bahu.. mula2 salah tidur... husband urut2 skit kt bahu.. terus ke tengkuk sakitnya.. angin + salah urat..

pergi ke Thai Oddesey.. ambil refleksologi... dia siap bg 10min shoulder massage.. tp mmg superb la.. alhamdulillah.. terus hilang.. try la.. tukang urut berpengalaman.. org thailand