Nyah memulakan persekolahan tahun 1. Nyah serba baru di skjc itu. Sekolah.. Classmate... Cikgu.. Kawan2.... Persekitaran dan gaya hidup. Dengan sikap nyah itu sendiri membuatkan mak tidak konfiden untuk nyah melangkah sendiri. Berbeza benar nyah dan yong. Walau hati sebenarnya mahu nyah belajar berdikari.
Maka macam2 mak pesan dan tunjuk ajar nyah untuk nyah melangkah ke skjc. Dalam masa yang sama, mak amanahkan yong untuk monitor nyah.
"Yong, jaga adik ya" pesan mak
Satu hari, yong seperti biasa akan call mak bila dah sampai rumah drp sekolah. Yong mengadu yang nyah tidak tunggu yong di tempat sepatutnya untuk ke bas sekolah selepas tamat waktu sekolah hari tu. Yong tercari2 nyah dan panik. Takut adiknya hilang.
"Yong nangis tadi mak. Yong tengok nyah takde. Nyah dah buat yong susah hati" ngadu yong.
Ohh anakku... Yong... Mak tahu yong ingat pesan mak. Mak tahu yong sayang nyah. Mak tahu yong kakak yang baik. Terima kasih sayang.
Kisah 2 - Oktober 2015
Tadika comei adakan school trip. Nak lepaskan comei pergi sorang diri terasa berat hati mak. Akhirnya yong tawarkan diri temankan adiknya.
"Yong boleh jaga comei mak"
Sepanjang school trip tu cikgu tadika sentiasa update bergambar kpd parents. Jelas dlm gambar tersebut, yong sentiasa di sisi comei.
Alhamdulillah..hati mak gembira dgn sikap yong. Moga yong sentiasa menjadi pelindung kepada adik2nya. Moga yong juga dlm rahmatNya.
Sekian cerita untuk kali ni. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan