Selepas impian untuk punya kereta, aku berimpian pula untuk miliki rumah. Gitu la lebih kurang impian sebelum umur cecah 30 tahun suatu ketika dulu.
Impiannya untuk punya landed property. Tapi apa kan daya... Kemampuan membatasi. Cari punya cari dan sesuai kemampuan tika itu maka aku berjaya membeli pangsapuri kos sederhana berkeluasan 850sqf. Bangga weiii... Sbb aku mampu beli rumah dgn hasil usaha aku sendiri.
90% pembayaran melalui bank selama 20 tahun. Aku pernah keluarkan epf sekali untuk kurangkan loan balance and continue bayar mcm biasa. Aku punya impian untuk pendekkan tahun bayaran sebenarnya. Hidup kan selalu kena ada impian. Impian pun kena ukur juga kemampuan diri tau.
Sooo nak citer, tadi bank called aku "Puan.. Pinjaman puan sudah habis bayar. Ada terlebih bayaran dalam akaun puan sebyk RM2000++"
Aku berjaya pendekkan pinjaman drp 20 tahun kepada 14 tahun. Achievement la tu pada aku. Senyum dlm hati. Syukurrrr....
Apartment tu aku hanya merasa duduk 8 bulan je. La ni ada penyewa.
Nak contact insuran pulak lepas ni. Kut2 boleh refund sikit mrta. Ikut logik mcm boleh mintak. Uol ada experience?
Tik..tik..tik.. Sambil2 Jari di kepala. Kena mula merancang impian baru pulak ni. Hehehe....