19 Jun 2014

Find myIphone

Iphone5 aku dicuri tahun lepas bulan Oktober rasanya di Shushi King, Subang Parade. Aku baru je guna selama 5 bulan. Aku langsung tak sedar akan kehilangannya sehinggalah keesokkan harinya.

Selepas seminggu kehilangan tersebut, maka aku pasrah. Tidak lagi mencari dan tidak juga mengharap kepulangannya. Kebetulan tika aku kehilangan tersebut, Apple baru je kenalkan iOS7 dan securitynya amat ketat. Aku pasti sesiapapun mereka yang menyimpannya tidak akan berjaya menggunakannya. Biarkan lose-lose situation.

Oh ya.. untuk ubati hati, aku invest untuk iPhone lagi selepas itu. Model upgrade. Maka akaun appleid yang sama berpindah ke telepon baru. Sekitar bulan 2 tahun ni.. appleid aku asyik kena reset password. Mula tu ignore je la dulu. Sangkaan nya mungkin ada orang tersalah. Tapi bila terlalu kerap hingga akaun aku tu tak kenal aku di iphone yang memaksa aku ke internet dan menjawab security question.. aku menjadi pelik. 

Dan.. pada suatu hari penghujung bulan 2, aku menerima email dari somebody yang kenalkan diri sebagai pembeli iphone5 yang gagal reset the iphone5 disebabkan iphone5 itu prompt appleid account dan memerlukan passwordnya. Dia mintak jasa baik aku untuk reset the akaun for him. Aku reply to his email menyatakan iphone5 unit yang dibeli itu sebenarnya stolen unit. Nothing can do unless return that unit to owner. Dia cakap dia tertipu. Dia from Indonesia. Since then aku ignore any email from him yang merayu to me to release the activation.

Akaun appleid masih lagi kerap request to reset. Dia masih mencuba. Aku tighthen the acct security. Jadi satu keje pulak nak melayan bende2 gini. 

Paling tidak aku duga, minggu lepas aku mendapat panggilan daripada pembeli iphone5 aku tu. Dia elok je kenalkan diri. Mentioned dia tertipu kerana membeli unit curi tersebut. Dia mintak jasa baik aku untuk activate iphone5 di tangan dia tu. Kalaupun aku ownernya, dia mahu pulangkan kerana taknak la pakai barang curi. Dia nak mintak alamat untuk diposkan. Begitu berusaha dia membelek simkad aku tu dan beranikan diri menelefon aku. Dah takde 'kemaluan' agaknya pencuri itu. Dia jg berkemungkinan pencuri sebenar iphone aku tu. 

Aku menafikan iphone5 itu milik aku. Aku tak dapat bantu dia. Dia kehairanan kerana simkad yang ada adalah no phone ini. Mudah je jawapan aku.. no phone berpindah milik. Dulu mungkin owner iphone tersebut tapi kini tidak lagi. Aku tak pernah memiliki iphone5 kata aku. 

Kalau sebelum ini aku protect icloud akaun tapi kali ini aku protect diri aku sendiri. Aku tak kenal dia dan tiba2 bercakap mengenai sesuatu yang tidak enak. Aku tak pasti apa niat dia selebihnya.

Sempat aku tanya di mana dia beli dan berapa harganya. Boleh tahan juga harganya... 5jutaRp. Bertanya juga aku kenapa beli iphone yang takde kotak dan takde serial no. Dia diam. Aku nasihatkan dia mintak pertolongan drp Apple...Hahaha...

Selepas perbualan di telepon dan mungkin tak puas hati dengan jawapan aku.. dikirimkan pulak sms. Macam bagus je ayat2nya. " Supaya tidak saling merugikan, saya perlukan kakak untuk aktivasi akaun tersebut. Mohon kakak membantu ". HMMmmmm...

Hanya kerana enable setting di iPhone - Find myIphone. Selagi password appleid tak betul selagi tu iphone tu hanya boleh dipegang tapi tak boleh disentuh. Salute aku dgn Apple team for this security approach.

Pada aku, aku sudah redha akan kehilangan iphone5 itu. Tidak mengharapkan ia kembali pun. Siapapun yang memegangnya aku tak ingin tahu. Apa pun dia nak buat dengan iphone5 tu terserahlah. Aku menerima kejadian ini sebagai iphone5 itu bukan rezeki aku.

Simpan ketatketat smartphone bila makan2 kat restoran ya.

1 ulasan:

Rohani Hashim berkata...

yup agree. iphone besh sbb secured kan. and gud job sebab biarkan dia terpinga pinga. biarkan...naseb la xleh buka kan...