5 Mac 2014

Baju Kurung

Nyah & Comeii: Mak.... ustaz cakap kan kena pakai baju kurung kalau gi ngaji

Nyah (6 yrs) & Comei (5yrs) aku hantar ke kelas mengaji 5 kali seminggu yang tak sampai sejam setiap session pada malam hari. Nak memudahkan dan nak menjimatkan pemakaian pakaian mereka, pandai2 aku kenakan baju tido berseluar dan berlengan panjang yang longgar dan pakaikan tudung untuk mereka. Most pakaian mereka less gambar2. Kalau ada pun bukan gambar tengkorak tapi hanya yang sweet2 macam sekuntum bunga sahaja. Tapi ada juga malam2 yang mereka pergi berbaju kurung. Cuma baju kurung tak banyak je. Pada aku yang pentingnya mereka sudah menutup aurat dan menghormati majlis.

Mereka takde pulak nyatakan dress code utk anak2 ni semasa pendaftaran. Heran.... Bila aku dapat pesanan seperti di atas tu.... terasa nak marah pun ada. Terasa geram yang banyaknya. Terasa terbeban pun ada. Macam sana sini engkau kena sedia RM. Haiissh!!! Stress mak tau!

Mak : Nyah...Comeiii.... kalau ustaz ckp lagi pasal baju kurung... cakap yang mak cakap... mintak ustaz belikan baju kurung ya.

Muahahaha....

Hati anak2 begitu telus dan begitu murni. Nyah & comeii betul2 sampaikan apa yang aku cakap tu..hehehe...

Ustaz : Nanti ustaz belikan ya..

Kan!!! dah dapat respon ustaz...hahaha... Sampai hari ni takde baju kurung baru yang ustaz janjikan dan takde juga komen seperti di atas lagi untuk aku.

Apa pendapat korang dgn tindakan aku tu? Komen sikit.

Tiada ulasan: