28 Mac 2014

Tazkirah Jumaat : Ular & Gergaji

Perkongsian bersama menerusi WA.

Suatu malam seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu..
Secara kebetulan ia merayap di atas gergaji,tajamnya mata gergaji menyebabkan perut ular terluka.. 
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya..
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali - kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya..
Marah & putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuh tersebut..
Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga,Belitan tersebut menyebabkan tubuhnya terluka teramat parah & akhirnya ia pun mati..
Di saat emosi & marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai & menyakiti orang lain..
Padahal jika benar-benar kita sedari, sebenarnya yang akan terlukai & tersakiti adalah diri sendiri..
Jadi sungguh tepat kalimat bijak berikut : 
Orang yang benar-benar hebat bukanlah seseorang yang mampu mengalahkan orang lain, melainkan ia yang mampu mengalahkan diri sendiri..
Rasulullah Shalallahu'alaihi Wasallam bersabda : Barang siapa meredam amarah padahal dia mampu melampiaskannya (kerana mampu/berkuasa), maka ALLAH memanggilnya dihadapan para makhluk di hari kiamat, Dia menyuruhnya memilih dari pada bidadari apa yg dia kehendaki..
(HR Abu Daud)
SubhanALLAH..
Ingat, marah adalah salah satu PINTU SYAITAN untuk merasuki tubuh manusia. Semoga kita semua terhindar dari sifat pemarah..


Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin..

27 Mac 2014

Puding Roti

Kalau bakar lama sikit ni...lagi mengancam :) 

Ada tikanya roti sangat laku di rumah aku. Ada juga tikanya roti macam tak dapat ruang pandangan pun. Maka terbiar la. Aku ni kan tak nak la jadikan amalan membazir ni kan. Pulun la juga pikir resepi apa patut bagi roti ni laku di tekak. 

Kali ni terpikir buat puding roti. Takde la laku makanan ni di rumah. Habuan kawan2 kat opis la. Alhamdulillah...habis.

Resepi berlambak kat internet. Korang google je la k.

#GoodByeMH370

"Kenapa begitu terasa kehilangan sedangkan tiada seorang pun ahli keluarga ataupun kenalan yang berada di dalam pesawat tersebut?"

Sedihnya
Bila negara tercinta menempuh ujian dan kesukaran ini
Mengenangkan mereka mungkin pernah berkhidmat dalam perjalananku
Memikirkan juruterbang mungkin juga pernah menerbangkanku

Dalam masa yang sama
Aku terkilan dengan penghinaan sebahagian mereka terhadap pesawat ini
Aku terkilan dengan segelintir penulis berita siber menjual maruah negara

Rasa terharu dan bangga
Dengan keberanian pasukan SAR yang bertungkus lumus berusaha
Dengan bangsa yang tekun dalam misi menyelamat mereka di lautan

Duhai Lautan Hindi...
Andainya mereka masih di sana
Pastikan mereka selamat
Jagalah mereka
Hapuskan kegusaran dan ketakutan mereka
Hingga kami membawa mereka pulang

Rasa ini....
Rasa yang tidak terungkai dengan kata-kata
Rasa yang kadang-kadang hanya diri sendiri yang mengerti


13 Mac 2014

#PrayForMH370

TQ mr Google...

'' Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Tiada Tuhan selainMu, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganNya, kau peliharalah keselamatan dan kesejahteraan semua penumpang, juruterbang dan anak kapal yang terlibat. Kau lindungilah mereka dari sebarang keburukan, bencana dan marabahaya. Kau jauhkanlah mereka dari segala ancaman malapetaka yang zahir atau yang tersembunyi. Amin ya rabbal alamin."

Selagi tiada bukti
Aku masih positif mereka selamat

5 Mac 2014

Baju Kurung

Nyah & Comeii: Mak.... ustaz cakap kan kena pakai baju kurung kalau gi ngaji

Nyah (6 yrs) & Comei (5yrs) aku hantar ke kelas mengaji 5 kali seminggu yang tak sampai sejam setiap session pada malam hari. Nak memudahkan dan nak menjimatkan pemakaian pakaian mereka, pandai2 aku kenakan baju tido berseluar dan berlengan panjang yang longgar dan pakaikan tudung untuk mereka. Most pakaian mereka less gambar2. Kalau ada pun bukan gambar tengkorak tapi hanya yang sweet2 macam sekuntum bunga sahaja. Tapi ada juga malam2 yang mereka pergi berbaju kurung. Cuma baju kurung tak banyak je. Pada aku yang pentingnya mereka sudah menutup aurat dan menghormati majlis.

Mereka takde pulak nyatakan dress code utk anak2 ni semasa pendaftaran. Heran.... Bila aku dapat pesanan seperti di atas tu.... terasa nak marah pun ada. Terasa geram yang banyaknya. Terasa terbeban pun ada. Macam sana sini engkau kena sedia RM. Haiissh!!! Stress mak tau!

Mak : Nyah...Comeiii.... kalau ustaz ckp lagi pasal baju kurung... cakap yang mak cakap... mintak ustaz belikan baju kurung ya.

Muahahaha....

Hati anak2 begitu telus dan begitu murni. Nyah & comeii betul2 sampaikan apa yang aku cakap tu..hehehe...

Ustaz : Nanti ustaz belikan ya..

Kan!!! dah dapat respon ustaz...hahaha... Sampai hari ni takde baju kurung baru yang ustaz janjikan dan takde juga komen seperti di atas lagi untuk aku.

Apa pendapat korang dgn tindakan aku tu? Komen sikit.