30 Sep 2015

01.09 Happy Birthday Yong

Delayed wish to yong
"Wishing you to celebrate all the wonderful things that make you so special, not just on your special day, but every day of the year!"



1 Sep 2015

28.08 Happy Birthday Nyah

A daughter is the chapter without which the story of her parents’ life can never be completed. Happy Birthday Nyah.



25 Ogo 2015

Hubby

Tak pasti camne boleh terbicara isu ni dlm grup wa mengenai panggilan isteri kepada suaminya.

1- Ayang - member ni suaminya org tganu. Suaminya tak nak panggilan 'ayang' ni sbb dlm loghat tganu sama dgn panggil ayam. Mmmm ....ayang ooo ayang... 

2- Abang - suami isteri berasal drp kelantan tapi katanya bila panggil suami tak pulak jadi 'abe' tp 'abang'.

3- sayang - member sorang ni buat aku tergelak. Kata dia tika mesra tika elok2, semua panggilan best2 keluar.. Sayang, abang, darling dan sewaktu dgnnya.  Tappiiii kalau bermasam muka, nama penuh sekali bin bapak bin datuk akan keluar.

Korang panggil apa pulak? Moga hubungan kasih sayang sentiasa terjalin dlm pengertian panggilan kita yg tersendiri.

20 Ogo 2015

Mak ooo mak...

Mak...ooo..Makk...

Tu la kata2 yang selalu anak2 aku panggil aku. Panggilan yang klasik la pada aku untuk zaman yang semakin berubah ni. Masa aku lahirkan yong... Rata2 @ majoritinya ibu2 muda memilih 'ibu' sebagai gantinama mereka kepada anak2. Tapi aku memilih untuk kekalkan panggilan warisan dalam susur galur aku sendiri...EMAK...
Teringat kali pertama balik kampung bersama anak. Bila sedara mara mendengar aku bahasakan diri aku 'mak' kepada yong, mereka agak surprise. Tidakkah kedengaran 'kampung' kata mereka. Aku kan dah bertahun merantau dan menjadi orang 'bandar'. Aku tergelak kecil... Kata aku... Ke mana pun aku pergi.. Aku tetap anak kampung dan aku bangga. Tapi tu bukan sebab sebenar kenapa aku mahu anak2 memanggil aku emak.

Aku cintakan budaya dan aku mahu kekalkan warisan dalam keluarga aku. Ini lah alasannya.

bagaimana aku membesar dgn panggilan2 ini juga mempengaruhi.

Mama - dulu2... aku seolah dimomokkan panggilan ini hanya orang 'bandar' dan orang ada2 je layak. Org kampung selalu rasa rendah diri eh..

Umi - perkataan arab. Ustaz dan ustazah je yang terhampir dgn perkataan arab ni. Akhlak mesti terjaga dan terbela. Itu kan gambaran kehidupan orang beragama. Kalau ada ciri ni maka sesuai la panggilan tu untuk anak2. 

Mummy - kalau anak2 panggil dengan panggilan ni... Persepsi pertama aku mesti mak bapak nya terror ckp omputih. Tapi kalau tetiba keluar "apo keno eh jang" mmmm memang potong stim. Sumbang kedengarannya.

Serba sikit la ya citer kali ni. Sebenarnya  nak citer hal2 patriotik sikit tapi... Tu lahhhh takde citer lak menjurus ke situ. Ni kira yg terhampir la.. Aci kan

Selamat menyambut hari kemerdekaan semua. Moga kita terus teguh bersama.

15 Ogo 2015

Happy birthday Chomei

Watching you grown up is like a real dream. Time truly passes faster than it seems.

21 Jul 2015

Salam Aidilfitri 2015

Salam uolll....
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir batin

Hai..hai... baru sempat nak ucap selamat hari raya di sini. Macamana raya uol? Mesti meriah kan. Mesti tempuh jem ber-km kan... nama pun jalan'raya', lebuh'raya'... hahaha... dah jadi fenomena musim raya jem2 ni.

Kami sekeluarga balik kampung hubby tahun ni. Sehari sebelum raya baru bertolak balik kampung. Takde la jem sangat. Slow moving pada 2 tempat. Boleh kata bahagia je perjalanan kami.

Juadah utama hari raya, kakak ipar dah siap2 plan. Nasi Lemak. 5 kilo di tanak khas untuk tetamu. Rendang tok dan lemang. Biskut2 raya biasa la kan... penyeri raya. Syok tetamu ramai berkunjung ni. Kampung hubby ni rumah kejiranannya agak dekat antara sama lain. Senang nak berkunjung raya. Kampung aku takleh gitu... jarak rumah jauh2. Best kunjung mengunjung ni.. eratkan silatulrahim...

Seharian beraya, malam nak berehat la kan. Tiba2 Yong muntah. berciciran di lantai. Tak sempat nak ke bilik air. Keje membersih muntah yong la plak mak malam tu. Banyak pulak tu. Habis nasi lemak, lemang, laksa, nasi tomato....segala la yang yong telan. Kesian yong. Lembik aku tengok yong. Terpaksa tukar baju segala. Rehat seketika muntah lagi dan muntah lagi. 

Hubby & 2 anak sebok melayan bunga api dan mercun. Dah lepas cuci muntah yong tadi, aku pegi la menengok sama. Ya Rabbi... asap penuh ruangan. Aku tiba2 pening dan terasa nak muntah. Lepas2 terasa nak muntah tu...apa lagi aku pulak ambik baton yong tadi. Muntah segala.

Bertalu2 aku muntah sampai keluar jus2 pahit tu dah. Besen dah dok sebelah peneman sepanjang malam tu. 

Hari ke 2 - aku dan yong cukup berhati2 memilih makan, Tak berani dan tak larat nak layan muntah macam malam tadi. Hari ni kami memulakan perjalanan balik ke Shah Alam. Singgah2 raya juga. Perjalanan balik kami juga cukup bahagia. Alhamdulillah...

Cuti raya di kampung terpaksa dipendekkan sbb hubby terpaksa ke luar negara pada hari raya ke 3. Hari ni raya ke 5 aku dah pun masuk opis. Lengang je opis hari ni.

Jom puasa 6. Baiiii...

18 Jun 2015

Comei puasa mak

Selamat berpuasa kepada semua ya. Hari ni hari pertama kita berpuasa. Moga ibadat kita diterimaNya.

Tengahari tadi anak bongsuku si comei telefon dan update aku yang dia dah balik sekolah. Langsung aku bertanya pasal puasa

Mak: comei puasa ke?
Comei: puasa mak (penuh konfiden)
Mak: mmm bagus comei. Comei minum tak?
Comei: dah mak. Comei minum milo
Mak: ooo iya? Bila? Sebelum pergi sekolah ke?
Comei: tak la mak. Comei minum balik sekolah tadi 

Hahaha...comei...comei...

Mak: comei dah makan nasi ke?
Comei: dah jugak. Balik sekolah tadi

Mmmm

Mak: ok la comei sambung puasa ok. Bye...