5 Jul 2016

Selamat berpuasa dan Berhari Raya

Salam semua...

2 in 1 betul entry ni. Punya lama tak bersiaran. Tanpa disedari hari ni dah terakhir Ramadhan. Bab kata Shamsul Debat dlm ceramahnya.. Bila kita dah masuk usia 'tua' memang terasa cepat betul masa berlalu. Baru terasa semalam mula puasa.. Tup2 hari ni dah 30 Ramadhan.

Tadi pagi dah buat rendang ayam dan kuah kacang. Terawal buat sebabnya nak bagi bibik balik cuti raya dgn masakan tu. Takde la dia sibuk nak beli bahan dan masak segala. Suami dan sorang anak bibik ada di sini. Petang karang kami hantar dia balik beraya bersama keluarganya. 

Hari ni aku keje lagi. Harap2 tengahari karang ada memo perlepasan awal hari ni drp Parents Co. Boleh buat persiapan akhir sambut raya esok. 

Esok after solat raya, kami akan bergerak balik. Tahun ni break the rule. Hubby cakap tahun ni balik ke Perak juga instead of Terengganu. Hubby cakap sbb kami ketap sangat balik tganu tahun ni. 

Memang pun kerap balik Tganu sbb bonda tak berapa sihat. Bulan puasa ni saja 2 kali balik emergency sbb bonda tak sihat. Usus bocor dan emergency operate. Kena mild stroke juga. Sekali lagi emergency warded bila bonda tak sedar kat rumah dgn perut kembung. Hampir 2 minggu pulak di hospital. Semalam baru discharged. Moga Allah melindungi, memelihara bonda untuk terus kuat semangat dengan ujian ni.

Ssoo....
Esok kami balik ke Perak. Aku dan hubby takde baju raya baru. Pakai je baju yang mana ada. Cuba padankan dgn kaler baju anak2. Anak2 seronok nak beraya sbb mereka puasa penuh tahun ni. Mak saja beli baju kurung raya minggu pertama ramadhan. Cantik kata mereka. Mak cakap hanya yg puasa penuh je dapat pakai baju kurung cantik ni. Hahaha... Sekadar memotivasikan mereka.

Malam karang kalau sempat nak cari last minute kuih raya kalau ada. Nak balik Perak ni.. Masih takde buah tangan hari raya. Tak sempat nak cari n beli bila wiken asyik berkejar balik Tganu dan berkampung di hospital.

Uols yg travel balik kampung, have a safe trip ya. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Wassalam.

1 Mei 2016

Langkah 2016

Salam semua...
Lama betul blog ni sepi. Betul2 lama. Dah takde pembaca dah kut nya ya blog yg dah bersawang ni kann.

Ai cuba recall what had happened 4 months ago ya. Ntah ingat ntah tak ni.

Tapi sebelum tu ... 

Mengenang 2015
Pantasnya masa berlalu walau pun ia tetap 24 jam sehari, 7 hari seminggu. 2015 sudah melabuhkan tirai. Suka duka kini menjadi sejarah untuk di kenang, dijadikan sempadan dan pedoman. Moga-moga kita tetap menjadi pilihanNya.

Tahun 2015 aku kehilangan 3 rakan yang sama2 membesar satu ketika dulu. Amat terkesan di hati dengan pemergian mereka ini. Moga mereka tenang di sana dan menjadi pilihanNya di jannah. Al fatihah.. Kita yang hidup juga pasti menyusul. Entah bila...

JANUARI
- Comei melangkah ke tahun 1. Terasa pantas masa berlalu.
- MIL nyatakan hasrat nak pergi haji tp dia memang perlukan anak2 bawak dan jaga dia di sana. Hubby cuba bantu dan aku cuba menempel sbg mahram. Rupanya untuk bawak bakal haji yang tidak berdaya, maksimum adalah 5 orang. Maka kami kemukakan rayuan haji pada tahun ini. Kalau Allah mengizinkannya... InsyaAllah kami bakal menjadi tetamuNya.
- hari ahad pagi kami penuhkan dgn kursus haji. So aktiviti panjat bukit kiara setiap ahad dihentikan.

FEBUARI
- Happy birthday hubby
- Yearly outing dgn gang kuatagh. Tahun ni kami ke Surabaya. Sambil shopping sambil memanjat gunung bromo menikmati keindahan ciptaanNya. Menikmati mentari naik di ufuk timur.

MARCH
- Outing ke Penang. Menyertai rombongan kakak untuk majlis pernikahan anak bongsunya.
- Langsung kami lanjutkan percutian pusing2 Penang sempena cuti sekolah. 
- Bulan sibuk untuk Fiscal Year closing.

APRIL
- selepas sibuk dgn  FY closing, kini sibuk pulak dgn new FY. Gitu la kan bila keje makan gaji ni.
- PMS, KPI dgn segala bagai.. Letihnya rasa.
- Ada ura2 hod aku akan berpindah. Cabaran jg untuk next hod ni nanti.
- anak sedara sebelah hubby kawin dgn org shah alam. Rumah aku jd destinasi berkumpul. Suker!! 

Aktiviti aku kini..
Di FB tempat aku wish birthday kawan2 dan simpan album
Di IG tempat aku kerap sikit update aktiviti compared to fb
Di pejabat tempat keje yg tak habis2
Di rumah tempat di mana tanggungjawab menjadi sangat besar

Okay dulu la.. Bai