25 Ogo 2015

Hubby

Tak pasti camne boleh terbicara isu ni dlm grup wa mengenai panggilan isteri kepada suaminya.

1- Ayang - member ni suaminya org tganu. Suaminya tak nak panggilan 'ayang' ni sbb dlm loghat tganu sama dgn panggil ayam. Mmmm ....ayang ooo ayang... 

2- Abang - suami isteri berasal drp kelantan tapi katanya bila panggil suami tak pulak jadi 'abe' tp 'abang'.

3- sayang - member sorang ni buat aku tergelak. Kata dia tika mesra tika elok2, semua panggilan best2 keluar.. Sayang, abang, darling dan sewaktu dgnnya.  Tappiiii kalau bermasam muka, nama penuh sekali bin bapak bin datuk akan keluar.

Korang panggil apa pulak? Moga hubungan kasih sayang sentiasa terjalin dlm pengertian panggilan kita yg tersendiri.

20 Ogo 2015

Mak ooo mak...

Mak...ooo..Makk...

Tu la kata2 yang selalu anak2 aku panggil aku. Panggilan yang klasik la pada aku untuk zaman yang semakin berubah ni. Masa aku lahirkan yong... Rata2 @ majoritinya ibu2 muda memilih 'ibu' sebagai gantinama mereka kepada anak2. Tapi aku memilih untuk kekalkan panggilan warisan dalam susur galur aku sendiri...EMAK...
Teringat kali pertama balik kampung bersama anak. Bila sedara mara mendengar aku bahasakan diri aku 'mak' kepada yong, mereka agak surprise. Tidakkah kedengaran 'kampung' kata mereka. Aku kan dah bertahun merantau dan menjadi orang 'bandar'. Aku tergelak kecil... Kata aku... Ke mana pun aku pergi.. Aku tetap anak kampung dan aku bangga. Tapi tu bukan sebab sebenar kenapa aku mahu anak2 memanggil aku emak.

Aku cintakan budaya dan aku mahu kekalkan warisan dalam keluarga aku. Ini lah alasannya.

bagaimana aku membesar dgn panggilan2 ini juga mempengaruhi.

Mama - dulu2... aku seolah dimomokkan panggilan ini hanya orang 'bandar' dan orang ada2 je layak. Org kampung selalu rasa rendah diri eh..

Umi - perkataan arab. Ustaz dan ustazah je yang terhampir dgn perkataan arab ni. Akhlak mesti terjaga dan terbela. Itu kan gambaran kehidupan orang beragama. Kalau ada ciri ni maka sesuai la panggilan tu untuk anak2. 

Mummy - kalau anak2 panggil dengan panggilan ni... Persepsi pertama aku mesti mak bapak nya terror ckp omputih. Tapi kalau tetiba keluar "apo keno eh jang" mmmm memang potong stim. Sumbang kedengarannya.

Serba sikit la ya citer kali ni. Sebenarnya  nak citer hal2 patriotik sikit tapi... Tu lahhhh takde citer lak menjurus ke situ. Ni kira yg terhampir la.. Aci kan

Selamat menyambut hari kemerdekaan semua. Moga kita terus teguh bersama.

15 Ogo 2015

Happy birthday Chomei

Watching you grown up is like a real dream. Time truly passes faster than it seems.