14 Jan 2015

CBOX Note


Minta maaf banyak2. Aku memang tak perasan. Punya lama tak peduli blog sendiri. Baru perasan ada titipan di sini. Nak balas dah terlewat dah rasanya. Gilerrr lama. Sorry ekk..
Iza - Hope bibik yang zaihan supplied tu okay dengan awak. Harap serasi dan terhindar daripada agenda hitam mereka.
Norida - Rasanya sekarang dah boleh buat calling visa. Kena ada agen di Indon. Kalau ada orang kenal2 di imigresen atau KDN lagi cepatkan process. Process dan procedure sama je.

Singkap 2014

Bibik
Setelah bibik Eka berkhidmat untuk kami selama 5 tahun, melalui agen tempatan Zaihan, kami mendapat khidmat bibik Eti. Lebih kurang 4 bulan berkhidmat, agen dan bibik Eti berpakat menipu kami.  Mereka breach the contract. Janji hanya tinggal janji. Macam takde beza ambik maid dgn agen berdaftar. Malah kami rugi beribu RM. Hurmmm…. Masa untuk muhasabah diri. Allah pilih kami untuk di uji.

Alhamdulillah sekarang kami bersama bibik Umi. Kami urus sendiri pengambilan kali ini setelah mendapat pertolongan daripada kawan hubby. Hubby jemput mereka kat airport Jakarta. One day trip. Awal pagi ke Jakarta. Pukul 9pm sampai semula ke KLIA bersama bibik. Begitu berusaha hubby untuk keluarga. Terima kasih tak terhingga.

Kerjaya
Hubby kembali berkhidmat di Selangor. Tidak lagi di Putrajaya. Tidak lagi outstation demi outstation. Kini banyak masa bersama keluarga. Alhamdulillah. Moga Allah sentiasa melindungi dan memelihara kehidupan kami sekeluarga. Aaminn…

Tahun ni jg kampeni aku declare bonus tertinggi sejak beroperasi. Walau ada pelbagai perasaan berbaur syukur, suka dan terkilan tapi akhiranNya… Alhamdulillah. Selagi amanah dan tanggungjawab dilaksanakan, yang lain2 aku mengharap bonusNya di sana. Tahun ni juga extra sibuk. Extra penat dan extra komplen drp anak2.

Bonda
Bonda makin uzur. Kebajikannya perlu diambilberat. Syukur berkesempatan menjaga bonda sepanjang August 2014 di rumah aku di sini. Selepas hari raya haji tempohari adik beradik telah bermesyuarat tentang penjagaan bonda. Tanpa aku. Solutionnya bagus cuma aku terkekang sangat dengan solution tersebut. Walaupun disuarakan dan dinyatakan kekangan tersebut, tapi nampaknya kekangan aku tidak dipedulikan dan dipinggirkan. Aku cuba berbincang melalui grup whatsap keluarga tetapi entah la…… Harap mereka tidak salah faham dengan keputusan yang aku nyatakan semasa pulang ke kampung masa cuti sekolah tempohari.

Anak-anak
Mereka semakin besar dan semakin perlu diberi perhatian, tunjuk ajar dan didikan. Moga mereka membesar sebagai insan yang berguna dunia akhirat. Yong dapat anugerah kecermalangan akademik tahun ni. Bangga juga dengan keupayaan dan tekad yong bersaing di sekolah cina tu.

Nyah menghabiskan sesi tadikanya dengan penutup konsert yang memeranjatkan aku dengan keupayaan dia. Comei tetap celoteh nya yang tak pernah kering. Terhibur.

Kawan-kawan
Media social memang amat memudahkan dan mengeratkan. Tahun ni jugak mula mengukir catatan bersama dengan outing2 yang kami lakukan bersama. Moga persahabatan semenjak kami berusia 13 tahun terus semarak mekar.

Tahun ni jugak beberapa kawan di landa musibah. Sakit dan bencana. Bukankah hadir kawan2 untuk membantu? Alhamdulillah dengan semangat setiakawan dikalangan kami.

Banjir
Akhir tahun 2013 dan 2014 menyaksikan negara dilanda musibah banjir. Tahun 2014 dalam skala yang amat besar. Kawan2 juga tidak terkecuali ditimpa musibah ini. Moga pertolongan yang dihulur dapat mengubatkan luka walaupun tidak menyembuhkannya.

Sakit
AKu – sepanjang tahun sakit urat. Jumpa specialist bagai. Jumpa tukang urut segala. Tapi Allah belum izinkan kesembuhan. Masih berubat. Moga sakit ni mampu menjadikan aku semakin dekat kepadaNya.

Blog
Sukar memeriahkan blog dengan kekangan yang sedia ada ni. Terasa rugi juga bila takde catatan hidup. Dah la diary atau journal macam dulu2 dah tak maintain. 

Okay la.... dah panjang celoteh. Tak cover pun semua cerita suka duka cuma picked je mana2 yang terlintas. Tak tersusun jalan ceritanya. Tapi itu la sebahagian yang membangkitkan jalan cerita 2015. 

Moga hidup kita sentiasa dalam redhaNya. Aaminn...

2015 - Day 1 at School

                                

The difference between school and life? In school, you're taught a lesson and then given a test. In life, you're given a test that teaches you a lesson.
~ Tom Bodett 

8 Jan 2015

Welcome 2015

2014 - Many things have had happened regardless good bad sweet and sour.... Moga ia menambah ketakwaan kita kepada Allah.

2015 - May bring everyone Good Luck, Happiness and Everything Good..insyaAllah