22 Jul 2014

Mohon Maaf

Air tak selalu jernih
begitu juga ucapanku

Kapas tak selalu putih..
begitu juga hatiku

Langit tak selalu biru
begitu juga hidupku

Jalan tak selalu lurus
begitu juga langkahku

Jika maaf itu boleh diungkap hari ini
Untuk Apa menunggu hari raya tiba?

Sedangkan hembusan nafas pun kita tak pernah tahu bila akan
berhenti

Maka dari itu ku ingin mohon maaf atas
kesalahan kekhilafan maupun 
perbuatan yg sengaja & tidak sengaja..
yg membuat sakit hati kalian

Sebelum Ramadhan pergi
Sebelum Aidil fitri datang
Sebelum operator sibuk
Sebelum whatsapp hang

Diri hendak memohon maaf atas semua kesalahan...

Selamat menikmati hari-hari terakhir Ramadhan..


** **
Nota  aziE : Nukilan kat atas tu hasil member forward kat watsap. Isi nukilan tu membawa makna seperti yang aku nak sampaikan. So nukilan tu kira wakil hasrat hati aku juga la. Salam di hujung Ramadhan dan selamat menyambut Aidilfitri. Safe back home journey dear.

2 Jul 2014

Onde-Onde


Hasil onde-onde aku dalam kalut-kalut balik opis buat kuih untuk hidangan bukak puasa. Juga dalam masa yang amat terhad. Tak cantik rupa parasnya tapi rasa tak kalah okkeh. Hahaha.....

Selamat berbuka puasa.

Kerenah anak berpuasa

Chomei - 5 tahun

Mak : Chomei puasa ke hari ni?
Chomei : Takkk... chomei kan tak sihat. Chomei tak puasa la....
Chomei demam panas sehari sebelum Ramadhan. Kononnya demam berhari2 la tuh. Tu la tu .. chomei memang hebat dengan celotehnya. Mak layan je. 

Nyah - 6 tahun

Mak : Nyah puasa ke nyah?
Nyah : Puasa!!
Penuh konfiden menjawab. Kalau tika tanya tu time dia tak makan atau minum 

Tapi kalau time dia dahaga atau lapar
Mak: Nyah tak puasa ke nyah?
Nyah : Puasa!!! Jap lagi la... ni Nyah lapar/dahaga la... Nyah makan lah.
Dengan rasa tak bersalahnya. Mmmm....

Yong - 8 tahun

Yong : Yong demam mak tapi yong puasa jugak
Mak : Larat ke? Kalau rasa tak larat takpe kalau tak puasa pun. Jangan paksa diri.

Yong ni belajar berpuasa seawal umur 5 tahun. Dapat la seminggu. Masa umur 6 tahun tinggal puasa seminggu. Dan tahun lepas tinggal 3 hari. Aku suka semangat dia tu. Walau dikelilingi oleh ramai kawan2 non muslim, yong tetap tabah mengerjakan ibadah puasa.

Aku hanya melatih mereka untuk berpuasa. Bukannya memaksa mereka berpuasa pun lagi. Umur mereka belum peringkat mereka wajib ke atasnya. Aku lebih berusaha melatih mereka tentang solat sebenarnya. Kerana bila muslim itu menjaga solatnya insyaAllah mereka akan mengerjakan tuntutan berpuasa. Tetapi tidak sebaliknya. Moga usaha dan doa aku ni dimakbulNya.