29 Jun 2014

Munajat Ramadhan

Copy & paste for sharing

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.


Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

19 Jun 2014

Find myIphone

Iphone5 aku dicuri tahun lepas bulan Oktober rasanya di Shushi King, Subang Parade. Aku baru je guna selama 5 bulan. Aku langsung tak sedar akan kehilangannya sehinggalah keesokkan harinya.

Selepas seminggu kehilangan tersebut, maka aku pasrah. Tidak lagi mencari dan tidak juga mengharap kepulangannya. Kebetulan tika aku kehilangan tersebut, Apple baru je kenalkan iOS7 dan securitynya amat ketat. Aku pasti sesiapapun mereka yang menyimpannya tidak akan berjaya menggunakannya. Biarkan lose-lose situation.

Oh ya.. untuk ubati hati, aku invest untuk iPhone lagi selepas itu. Model upgrade. Maka akaun appleid yang sama berpindah ke telepon baru. Sekitar bulan 2 tahun ni.. appleid aku asyik kena reset password. Mula tu ignore je la dulu. Sangkaan nya mungkin ada orang tersalah. Tapi bila terlalu kerap hingga akaun aku tu tak kenal aku di iphone yang memaksa aku ke internet dan menjawab security question.. aku menjadi pelik. 

Dan.. pada suatu hari penghujung bulan 2, aku menerima email dari somebody yang kenalkan diri sebagai pembeli iphone5 yang gagal reset the iphone5 disebabkan iphone5 itu prompt appleid account dan memerlukan passwordnya. Dia mintak jasa baik aku untuk reset the akaun for him. Aku reply to his email menyatakan iphone5 unit yang dibeli itu sebenarnya stolen unit. Nothing can do unless return that unit to owner. Dia cakap dia tertipu. Dia from Indonesia. Since then aku ignore any email from him yang merayu to me to release the activation.

Akaun appleid masih lagi kerap request to reset. Dia masih mencuba. Aku tighthen the acct security. Jadi satu keje pulak nak melayan bende2 gini. 

Paling tidak aku duga, minggu lepas aku mendapat panggilan daripada pembeli iphone5 aku tu. Dia elok je kenalkan diri. Mentioned dia tertipu kerana membeli unit curi tersebut. Dia mintak jasa baik aku untuk activate iphone5 di tangan dia tu. Kalaupun aku ownernya, dia mahu pulangkan kerana taknak la pakai barang curi. Dia nak mintak alamat untuk diposkan. Begitu berusaha dia membelek simkad aku tu dan beranikan diri menelefon aku. Dah takde 'kemaluan' agaknya pencuri itu. Dia jg berkemungkinan pencuri sebenar iphone aku tu. 

Aku menafikan iphone5 itu milik aku. Aku tak dapat bantu dia. Dia kehairanan kerana simkad yang ada adalah no phone ini. Mudah je jawapan aku.. no phone berpindah milik. Dulu mungkin owner iphone tersebut tapi kini tidak lagi. Aku tak pernah memiliki iphone5 kata aku. 

Kalau sebelum ini aku protect icloud akaun tapi kali ini aku protect diri aku sendiri. Aku tak kenal dia dan tiba2 bercakap mengenai sesuatu yang tidak enak. Aku tak pasti apa niat dia selebihnya.

Sempat aku tanya di mana dia beli dan berapa harganya. Boleh tahan juga harganya... 5jutaRp. Bertanya juga aku kenapa beli iphone yang takde kotak dan takde serial no. Dia diam. Aku nasihatkan dia mintak pertolongan drp Apple...Hahaha...

Selepas perbualan di telepon dan mungkin tak puas hati dengan jawapan aku.. dikirimkan pulak sms. Macam bagus je ayat2nya. " Supaya tidak saling merugikan, saya perlukan kakak untuk aktivasi akaun tersebut. Mohon kakak membantu ". HMMmmmm...

Hanya kerana enable setting di iPhone - Find myIphone. Selagi password appleid tak betul selagi tu iphone tu hanya boleh dipegang tapi tak boleh disentuh. Salute aku dgn Apple team for this security approach.

Pada aku, aku sudah redha akan kehilangan iphone5 itu. Tidak mengharapkan ia kembali pun. Siapapun yang memegangnya aku tak ingin tahu. Apa pun dia nak buat dengan iphone5 tu terserahlah. Aku menerima kejadian ini sebagai iphone5 itu bukan rezeki aku.

Simpan ketatketat smartphone bila makan2 kat restoran ya.

18 Jun 2014

Plan Persaraan

Usia bukan muda lagi. Kena bersedia sekarang untuk meniti usia tua. Bersedia dari segi kebendaan dan kehidupan. Kalau diizinkan Allah umur yang panjang. Bukan lah bermaksud hal2 akhirat diabaikan. Jangan fikir begitu pulak. Hidup kita ni kan mesti merancang dan berusaha. Selebihnya Allah yang menentukan. Kan begitu kan...

Selama ni aku hanya merancang untuk jangkamasa 5 - 10 tahun je kut. Baca sana sini tips kewangan. Macamana nak sustain kehidupan semasa dan menghadapi kecemasan dalam jangka waktu terdekat. Tu je. Belum terpikir camne nak hadapi usia pencen. Macamana lifestyle tika pencen. 

Insuran? EPF? semua tu ada tapi incomenya agak pasif kan. Someone ada forward thru WA tentang usia 50an. Membuat aku terfikir dan memikirkannya. Katanya kita hendaklah set goal bila tiba usia 50an. Usia 50 an bukan usia untuk kita membuat hutang atau membayar hutang. Bukan juga mengharapkan huluran anak2. Usia 50 an untuk kita mula nikmati kehidupan terancang dunia dan lebih2 lagi akhirat.

Tadi aku cuba generate retirement plan berdasarkan kemampuan sedia ada. dan momentum sedia ada. Kalau aku nak retire pada umur 55 tahun... Lifestyle sekarang dikekalkan.... income aku hanya bertahan sehingga umur 67 tahun sahaja. Ini berdasarkan death population age at 75. Lapan tahun aku takde income??

Aku kena ubah strategy!!! Definately. Patutnya seawal bekerja hari tu lagi dah buat retirement plan. Nak kata camne lagi kan..

Secara ringkas, plan persaraan akan ambik kira perkara2 di bawah. Kuasa menyimpan mesti kuat. Secara detail, korang cari ok. Berlambak kat internet. Aku tak larat nak menaip.


NOW
Current Age
Annual Income ($)

Annual Inflation and income Increases (%)
Savings Amount ($)
Investment Return(%)

AT RETIREMENT
Desired Retirement
Number of Years of Retirement Income
Income Replacement (%)
Investment Return (%)

Bila melihat ada pakcik2 tua yang masih membuat keje2 berat... pilu di hati. Dan aku taknak nanti2... kepiluan itu untuk aku sendiri. Nauzubillah....

Sedara terdekat kami, dah 2 tahun bersara. Awal bersara mereka mewah dan mampu kekalkan lifestyle. Tapi tidak sekarang. Aku lihat mereka seolah depress dengan lifestyle mereka. Mereka tiba2 kehabisan duit. Seolah juga mereka tidak dapat menerima kehidupan mereka begitu sekarang.

Aku mengambil pedoman atas apa yang terjadi ke atas mereka. Hidup perlukan perancangan. Perancangan hidup untuk 20 tahun tidak menjadi kalau hanya semalaman merancang. Plan tindakannya bagaimana pula lagi...

Moga kita sukses merancang dan melaksanakannya. Aminnn....

13 Jun 2014

People


Don't regret knowing the people that came in to your life!
Good people give you happiness
Bad ones give you experience
The worst ones give you lessons
And the best ones give you MEMORIES!
-by unknown

11 Jun 2014

Cuti Sekolah

Blog ni lama betul bercuti... senyap sunyi. Tuan rumah sendiri nak tumpang berteduh pun takde hati... Hahaha.... Skil menulis pun dah pudar ni....

Cuti sekolah dah nak hujung dah kan. Kan main korang bercuti ya.

Kami bercuti jugak. Tapi bukan bercuti rehatkan minda atau rehatkan badan. Cuti2 buat keje. Minggu pertama pulang ke kampung Tganu. Melayan kerenah bonda dan abang berkenduri kesyukuran. Minggu kedua pulak balik ke kampung Perak. Berkenduri kawin anak sedara. Bukan setakat ke Perak, bertandang ke Sg Petani pulak untuk pihak lelaki.

2-2 kejadian cuti tadi walaupun kami kepenatan tetapi sesuatu yang tak boleh dibayar dengan wang ringgit. Ikatan kekeluarga kami semakin bertambah dan keceriaan kami semakin melebar. Syukur sangat atas kurniaanNya ini.

Bila perjalanan tu jauh maka macam2 la yang anak2 sembang dalam kereta. Sembang la... bergaduh la... menjerit la... Mak yang bingit.

Ni sebahagian sembang2 kami dalam perjalanan cuti2 hari tu.

Yong : Mak nanti kan bila yong ada baby kan... yong akan bawak baby yong pulang kampung mcm ni la.
Hebat betul anak aku ni... baru 8 thn dah berangan ada baby kan... Mmmm....
Mak : Macamana yong ada baby?
Yong : Yong dengan 'ayah' baby punya la...
Mak : Yong mesti lepas kawin baru boleh ada baby tau!!!
Yong : Iya la.... lepas yong kawin.. nanti ada baby la dalam perut yong..
Mak : Ok.
Yong : Nanti kan mak... yong balik kampung la tengok mak. Okkeh.
Mak : Balik kampung mana yong?
Yong : Balik kampung Tganu ke... Perak ke?
Mmmm... aku n hubby pun tak tahu lagi nak settle down kat mana. Mereka dah pun punya pilihan.
Yong : Nyah..Comei... nanti kan... nyah & comei tak nampak yong lah..
Nyah & Comei : Huhhh naper yong?
Yong : Iya lah... yong kan ada suami yong... ada baby yong... duduk rumah lain lah..
Nyah & Comei : Ooooo....

Terhibur jugak dengan perkembangan pemikiran anak2. Mendengar celoteh mereka membuat kita terhibur. Mendengar celoteh mereka juga kadang mendebarkan. Macam dalam sembang mereka kat atas tu. Yong dah sembang pasal punya baby dan aturan dia bila dewasa kelak. Banyak kali aku tegaskan... Yong hanya boleh punya baby selepas yong kawin. A BIG NO sebelum itu. Aku saspen dengan perkembangan sosial generasi sekarang. Aku jugak takut dengan keupayaan aku mendidik. Moga aku diberiNya kemudahan dalam membentuk sahsiah mereka berlandaskan ajaran Islam.

Aku dah masuk keje dah ni. Tunggu cuti raya pulak.