Dulu... masa aku aktif membuat posting di blog lama. Banyak aku share tentang apa aku masak. Apa aku makan. Di mana aku makan. Banyak juga aku share di mana aku bercuti. Di mana aku menginap. Hotel mana dan di mana. Atau apa sahaja yang dipikirkan boleh aku berkongsi di sini. Bukan untuk mengundang persepsi yang bukan2 akan kehidupan aku. Bukan untuk mengundang stalker di sini.
Buat korang di luar sana yang hanya mengenali aku secara sipi2 je tu atau kepada yang mahu kenal aku banyak2... Posting2 aku NEVER to show off atau mahu riak dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada aku. Rezeki Allah luas. Semua berhak cuma mohon dan berusaha lah. Moga rezeki kurniaan Allah sentiasa dalam rahmatNya.
Bila aku post gambar makanan yang aku makan atau yang aku masak, aku tidak pernah bermaksud mahu menunjuk-nunjuk atau membanggakan diri. Jika korang pikir sebaliknya.. Jauhkan sangkaan korang yang tidak benar itu.
Kadang2 aku maksudkan aku yang amat tidak pandai dalam hal masak memasak pun mampu menghasilkan makanan yang sedap. Walau takde rupa dalam hidangannya. Mungkin korang patut cuba sebagaimana aku mencuba. At least untuk hidangan sendiri atau keluarga.
Kadang2 aku maksudkan sesebuah restaurant (mewah?) itu menghidangkan makanan yang sedap dan MAMPU untuk kita2 menikmatinya. Why not kita cuba dan enjoy dengan makanan mereka. Posting sebegini hanya happened awal @ akhir bulan je. sebab aku pun macam kebanyakan yang lain. Duit bukan berkepuk2 di tangan hatta dalam bank.
Ataupun kadang2 aku hanyalah nak bercerita yang aku berkunjung ke restaurant baru. Ada something yang menarik di sana. Aku sekadar mahu berkongsi keterujaan sahaja. Kenapa tidak kita kongsi perasaan itu? Jom!
Kadang ia juga bermaksud aku mahu nyatakan sedapnya makanan itu. Aku enjoy menikmatinya. Aku suka akan rasanya. Aku suka hidangan mereka. Boleh ke korang masak/buat bende yang sama dan jemput aku makan sekali dengan korang?
Begini lah bila aku suka makan dan suka terapi makan. Sama juga bila aku mengunjungi laman korang. Aku punya pandangan yang sama.
Maka sebarkan kasih sayang. Hentikan prasangka ntahapaapa. Baii.