Aktiviti memasak lama berehat. Kalau aktiviti makan berehat lama mcm gini juga kan...alangkah bestnya.
Nak kata mood rajin memasak datang tu takde jugak. Cumanya nyah dah banyak kali mintak aku buat donat untuknya. Asyik laaa beralasan kan mak dia kan....
Kali ni mak tak nak kecewakan lagi permintaan anakanda. Maka mak mencari2 resepi donat. Sebab masih amatur kannn dlm dunia masakan. Resepi nak kena cari la.
Korang nak tak resepi ni? Sedap tau jadi donatnya.
Bahan-bahan
500g tepung gandum
2 sudu besar gula halus
8g yis
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
60g butter
200 liter air - agak2 la jgn bg lembik sgt
Cara-cara
Satukan semua bahan kering
Masukan telur
Butter
Air
Uli sehingga tak melekat di jari
Canai dan biarkan 30 minit
Goreng
Angkat dan tabur gula
Ni tayangan hasil memdonat aku k. Takde rupa yang lawa pun tapi sadap jugak tau. Hehehe... Selamat mencuba. Baiii