11 Jun 2014

Cuti Sekolah

Blog ni lama betul bercuti... senyap sunyi. Tuan rumah sendiri nak tumpang berteduh pun takde hati... Hahaha.... Skil menulis pun dah pudar ni....

Cuti sekolah dah nak hujung dah kan. Kan main korang bercuti ya.

Kami bercuti jugak. Tapi bukan bercuti rehatkan minda atau rehatkan badan. Cuti2 buat keje. Minggu pertama pulang ke kampung Tganu. Melayan kerenah bonda dan abang berkenduri kesyukuran. Minggu kedua pulak balik ke kampung Perak. Berkenduri kawin anak sedara. Bukan setakat ke Perak, bertandang ke Sg Petani pulak untuk pihak lelaki.

2-2 kejadian cuti tadi walaupun kami kepenatan tetapi sesuatu yang tak boleh dibayar dengan wang ringgit. Ikatan kekeluarga kami semakin bertambah dan keceriaan kami semakin melebar. Syukur sangat atas kurniaanNya ini.

Bila perjalanan tu jauh maka macam2 la yang anak2 sembang dalam kereta. Sembang la... bergaduh la... menjerit la... Mak yang bingit.

Ni sebahagian sembang2 kami dalam perjalanan cuti2 hari tu.

Yong : Mak nanti kan bila yong ada baby kan... yong akan bawak baby yong pulang kampung mcm ni la.
Hebat betul anak aku ni... baru 8 thn dah berangan ada baby kan... Mmmm....
Mak : Macamana yong ada baby?
Yong : Yong dengan 'ayah' baby punya la...
Mak : Yong mesti lepas kawin baru boleh ada baby tau!!!
Yong : Iya la.... lepas yong kawin.. nanti ada baby la dalam perut yong..
Mak : Ok.
Yong : Nanti kan mak... yong balik kampung la tengok mak. Okkeh.
Mak : Balik kampung mana yong?
Yong : Balik kampung Tganu ke... Perak ke?
Mmmm... aku n hubby pun tak tahu lagi nak settle down kat mana. Mereka dah pun punya pilihan.
Yong : Nyah..Comei... nanti kan... nyah & comei tak nampak yong lah..
Nyah & Comei : Huhhh naper yong?
Yong : Iya lah... yong kan ada suami yong... ada baby yong... duduk rumah lain lah..
Nyah & Comei : Ooooo....

Terhibur jugak dengan perkembangan pemikiran anak2. Mendengar celoteh mereka membuat kita terhibur. Mendengar celoteh mereka juga kadang mendebarkan. Macam dalam sembang mereka kat atas tu. Yong dah sembang pasal punya baby dan aturan dia bila dewasa kelak. Banyak kali aku tegaskan... Yong hanya boleh punya baby selepas yong kawin. A BIG NO sebelum itu. Aku saspen dengan perkembangan sosial generasi sekarang. Aku jugak takut dengan keupayaan aku mendidik. Moga aku diberiNya kemudahan dalam membentuk sahsiah mereka berlandaskan ajaran Islam.

Aku dah masuk keje dah ni. Tunggu cuti raya pulak.

Tiada ulasan: