2 Jul 2014

Kerenah anak berpuasa

Chomei - 5 tahun

Mak : Chomei puasa ke hari ni?
Chomei : Takkk... chomei kan tak sihat. Chomei tak puasa la....
Chomei demam panas sehari sebelum Ramadhan. Kononnya demam berhari2 la tuh. Tu la tu .. chomei memang hebat dengan celotehnya. Mak layan je. 

Nyah - 6 tahun

Mak : Nyah puasa ke nyah?
Nyah : Puasa!!
Penuh konfiden menjawab. Kalau tika tanya tu time dia tak makan atau minum 

Tapi kalau time dia dahaga atau lapar
Mak: Nyah tak puasa ke nyah?
Nyah : Puasa!!! Jap lagi la... ni Nyah lapar/dahaga la... Nyah makan lah.
Dengan rasa tak bersalahnya. Mmmm....

Yong - 8 tahun

Yong : Yong demam mak tapi yong puasa jugak
Mak : Larat ke? Kalau rasa tak larat takpe kalau tak puasa pun. Jangan paksa diri.

Yong ni belajar berpuasa seawal umur 5 tahun. Dapat la seminggu. Masa umur 6 tahun tinggal puasa seminggu. Dan tahun lepas tinggal 3 hari. Aku suka semangat dia tu. Walau dikelilingi oleh ramai kawan2 non muslim, yong tetap tabah mengerjakan ibadah puasa.

Aku hanya melatih mereka untuk berpuasa. Bukannya memaksa mereka berpuasa pun lagi. Umur mereka belum peringkat mereka wajib ke atasnya. Aku lebih berusaha melatih mereka tentang solat sebenarnya. Kerana bila muslim itu menjaga solatnya insyaAllah mereka akan mengerjakan tuntutan berpuasa. Tetapi tidak sebaliknya. Moga usaha dan doa aku ni dimakbulNya.

Tiada ulasan: