22 Feb 2014

Donat

Aktiviti memasak lama berehat. Kalau aktiviti makan berehat lama mcm gini juga kan...alangkah bestnya.

Nak kata mood rajin memasak datang tu takde jugak. Cumanya nyah dah banyak kali mintak aku buat donat untuknya. Asyik laaa beralasan kan mak dia kan....

Kali ni mak tak nak kecewakan lagi permintaan anakanda. Maka mak mencari2 resepi donat. Sebab masih amatur kannn dlm dunia masakan. Resepi nak kena cari la.

Korang nak tak resepi ni? Sedap tau jadi donatnya.

Bahan-bahan

500g tepung gandum
2 sudu besar gula halus
8g yis
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
60g butter
200 liter air - agak2 la jgn bg lembik sgt

Cara-cara
Satukan semua bahan kering
Masukan telur
Butter
Air
Uli sehingga tak melekat di jari
Canai dan biarkan 30 minit
Goreng
Angkat dan tabur gula

Ni tayangan hasil memdonat aku k. Takde rupa yang lawa pun tapi sadap jugak tau. Hehehe... Selamat mencuba. Baiii


18 Feb 2014

Kadijah

Bicara bonda

"Abang kau kawin lain... tapi nama isterinya sama ... Kadijah. Lebih kurang Kadijah yang dulu juga."

Terpinga2 aku. Abang hanya ada sorang je isteri yang bernama Kadijah. Mana datangnya Kadijah yang ke 2 ni. Takpe laaa bonda. Aku pendengar bonda yang baik. 

Rezeki Allah untuk bonda pada usia emasnya. Moga Allah memelihara dan merahmati bonda. Aminn.


17 Feb 2014

Happy Birthday Abah

Ini lah hasilnya bila pilihan rupa paras kek diserahkan kepada Atun sempena meraikan birthday Abah....... Mmmmm.... Yet I like her wordings to Abah...


14 Feb 2014

Surah al Kahfi

Salam Jumaat penuh berkat

Jom.. jom... baca surah al Kahfi hari ni dan jadikan amalan.

Nabi S.A.W bersabda " Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah al Kahfi dipelihara dan diselamatkannya dari fitnah Dajjal"
- Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie

Moga korang semua dalam perlindungan Allah daripada fitnah Dajjal.
Aminn...

23 Jan 2014

Kindness

KINDNESS
is the language which the deaf can hear and the blind can see
- Mark Twain-

20 Jan 2014

Petticoat

Ataupun panggilan lainnya - kain dalam

Ntah apa nak citer ek. Tetiba topik petticoat.

Zaman Sekolah & Uni

Masa sekolah dulu semacam wajib memakai petticoat ni. Perkara wajib kedua zaman sekolah dulu ialah bila balik kelas, londeh semua uniform sekolah dan jadikan petticoat uniform petang. Pakai ala2 berkemban. Lepak2 kat bilik member dengan uniform yang baru tu pulak. Rizen asalnya adalah panas... apa salahnya berkemban dulu dengan petticoat. Ada experience cenggitu tak korang?

Zaman matrik dan zaman uni... entah ke mana pulak hilangnya petticoat. Zaman tak pakai uniform kan. Pakai baju pun ada kaler, ada pattern zaman nak menjadi dewasa la katakann. Mana nak nampak tiang seri bila bunga2 baju, corak2 kain dan warna kain boleh mengaburi mata kan. 

Zaman berkerjaya - sama je dgn zaman uni. Tak ambik port la bende gini. Tak ambik hirau pandangan mata orang langsung. Ala tiang seri aku macam org lain juga. Takde pun extraordinary nya pun. Pedulikan aje.

Tapi...

Usia...pengalaman...pengetahuan...persekitaran boleh mengubah manusia. Mengubah manusia menjadi lebih baik pastinya. Dan pastinya juga aku sedang cuba menjadi muslimah yang lebih baik walau hanya tentang perkara sekecil memakai petticoat.

Salam.