14 Jan 2015

2015 - Day 1 at School

                                

The difference between school and life? In school, you're taught a lesson and then given a test. In life, you're given a test that teaches you a lesson.
~ Tom Bodett 

8 Jan 2015

Welcome 2015

2014 - Many things have had happened regardless good bad sweet and sour.... Moga ia menambah ketakwaan kita kepada Allah.

2015 - May bring everyone Good Luck, Happiness and Everything Good..insyaAllah


29 Nov 2014

Kita insan yang kerdil

Kadangkala, 
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita seadanya

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang diatas 
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.

Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba yang diredhaiNya

Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas. 
Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
Kitalah  yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.

19 Nov 2014

Nasi Goreng

Assalam... Lamanya tak masuk sini n tinggal jejak. Pejam celik.. rupa kita dah nak hujung tahun. Sibuk amat tahun ni.

Nak citer pasal nasi goreng je pun... Hahaha... No idea sebenarnya nak citer apa bila lama sangat tak ke sini. 

Anak3 aku ni hanya tahu makan nasi goreng kicap je selama ni as breakfast. Nak goreng style lain payah depa ni. Tak nak pedas la... Tak nak sayur la... Tu yg maknya asyik la guna bahan utama - kicap.

Yong : Mak, yong dah bosan la makan nasi goreng...

Terdiam mak. Padahal mak goreng nasi tika ada nasi belen2 je. Mak terpikir goreng nasi style lain la pulak. Ubah selera kononnya utk lain kali.

Satu pagi yg lain.

Nyah (dlm tangis): Mak.. Mak goreng nasi salah. Nasi goreng bukan macam ni.,,

Aku masak nasi goreng kampung. Uol tahu kan camne rupa nasi goreng kampung kan.. Ubah style la tu kononnya. Hambekk nko.. Citer lain pulak jadinya.

14 Okt 2014

Bahang GST

Kesibukan GST sudah bermula. Jadual implementasi yang ketat. Anak3 sudah mula komplen. Mak selalu balik lewat. Kadang2 mak hanya dapat tengok anak3 dah lena.

Chomei : Mak balik kul baper? Mak selalu lewat...

Nyah : Mak boleh balik awal sikit? Nyah dah tido je mak baru balik

Yong : Kenapa mak banyak keje sangat?

Mak terasa bersalah.... 

10 Okt 2014

Kenapa senyap eh?

Assalam semua....

Susah betul mencuri masa nak bercerita di sini. Kalau dulu2 ada jugak masa tinggal jejak dan tinggal sejarah hidup di sini. Tapi kini.... dah ke lautan mana ntah.

Pastinya kehidupan jugak tambah sibuk. Urusan duniawi la yang terlajak sangat tu kan. Sampai aku sendiri terpaksa mencari ruang dalam kesempitan untuk menabung akhirat. Sampai bila agaknya ya begini....

Tapi terdengar juga, sekiranya kita tak boleh lari dengan rutin hiraarian kita begitu.. maka jadikan tempat kerja sebagai sebaik tempat untuk beribadat. Ruang mengumpul bekal akhirat terbentang tanpa batas.

Hmmm... tiba2 bercerita bende ni pulak. Tersasar. Bukan nak menunjuk baik dan sempurna ya cuma cita2 hendak menjadi baik sentiasa di sanubari.

Ok citer lain pulak.

Sebab lama tak bercerita di sini maka terlepas nak wish happy birthday kat anak3. Bila semua anak dah pandai menulis, mengeja dan membaca ni.. mereka pernah masuk blog ini dan membaca. Mereka masukke sini  thru history browsingku. Dah mula tunjuk kreatif tu kan.

Terkekek-kekek mereka ni gelak dan happy bila baca coretan mak mereka tentang mereka. Bangga la kononkan. Mak citer kisah mereka dalam internet. Hahaha anak-anak........

So anak-anak mak sekalian

Happy belated birthday Chomei. 15.08.2014. 
You are 5th now. Jadi anak yang baik ya sayang.
Happy belated birthday Nyah. 28.08.2014. 
Your 6th Nyah. Your last year in kindergarden. Jadi anak yang baik ya sayang.
Happy belated birthday Yong. 01.09.2014. 
Your 8th this year. Jadi anak yang baik ya sayang.

Lastly... happy belated birthday to myself.17.09.2014.. hahaha... enter-frame juga... Thanks Allah.

Tiba2 mengantuk pulak. Sambung lain kali pulak la. Ni ler salah satu sebab sepi je blog ni. Mood tu swing la jugak. Kejap ada mood nak bercerita.. lama sikit mood hilang.. ni datang lak mengantuknya.

Tapi kan.. kawan2 yang seangkatan aktif dulu pun.. menyepi jugak. Uols kenapa pulak?

29 Sep 2014

Kusyuk Solat

Bicara solat ni di forward oleh rakan grup WA. Aku tempek kat sini lebih kepada ingatan dan panduan untuk aku sendiri sebenarnya. Nak baca kat hp punya kecik tulisannya kan. Lagipun simpan sini je la... space sini besar lagi..hihihi.. Kalau korang rasa boleh memberi manafaat kat korang juga... apa salah nye kan. Meh kita sama2 berusaha ke arah yang lebih baik - AziE

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.
(Panjang tapi in shaa Allah terkesan di hati)

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat)
dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguh nya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah, hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah. Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan
jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita? siapa kita yang sering ingin dipuji? Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita? Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah… sedarlah Allah… lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya. Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik
jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus
hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lebih berserah kita padaNya.

****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip
5 Sept 2014.