23 Jan 2014

Kindness

KINDNESS
is the language which the deaf can hear and the blind can see
- Mark Twain-

20 Jan 2014

Petticoat

Ataupun panggilan lainnya - kain dalam

Ntah apa nak citer ek. Tetiba topik petticoat.

Zaman Sekolah & Uni

Masa sekolah dulu semacam wajib memakai petticoat ni. Perkara wajib kedua zaman sekolah dulu ialah bila balik kelas, londeh semua uniform sekolah dan jadikan petticoat uniform petang. Pakai ala2 berkemban. Lepak2 kat bilik member dengan uniform yang baru tu pulak. Rizen asalnya adalah panas... apa salahnya berkemban dulu dengan petticoat. Ada experience cenggitu tak korang?

Zaman matrik dan zaman uni... entah ke mana pulak hilangnya petticoat. Zaman tak pakai uniform kan. Pakai baju pun ada kaler, ada pattern zaman nak menjadi dewasa la katakann. Mana nak nampak tiang seri bila bunga2 baju, corak2 kain dan warna kain boleh mengaburi mata kan. 

Zaman berkerjaya - sama je dgn zaman uni. Tak ambik port la bende gini. Tak ambik hirau pandangan mata orang langsung. Ala tiang seri aku macam org lain juga. Takde pun extraordinary nya pun. Pedulikan aje.

Tapi...

Usia...pengalaman...pengetahuan...persekitaran boleh mengubah manusia. Mengubah manusia menjadi lebih baik pastinya. Dan pastinya juga aku sedang cuba menjadi muslimah yang lebih baik walau hanya tentang perkara sekecil memakai petticoat.

Salam.

16 Jan 2014

Melangkah 2014

Hari ni 16.01.2014. Dah dalam tahun baru. Blog ni baru nak mula 2014...Mmmm apa daaa... Sebenarnya mood tahun baru belum sampai. Hahaha.. masih dalam mood cuti-cuti. Korang dah semangat eh mengharungi tahun baru ya.

Jan 2014 banyak pulak public holiday. Tu yang aura baru tak masuk-masuk ni. Teruk betul kan. Caya ke? Sebenarnya, aku dok peram momentum ni. Bila masuk Feb 2014 nanti.... tak pasti aku kena start dengan gear berapa. Mungkin terus gear 3 kut. 2 project yang besar menunggu. Mahu kena berkampung lagi di opis.

Not much resolution pada tahun baru ni. Aku lebih kepada mahu memperbaiki dan mempersiapkan diri kepada matlamat yang lebih pasti, di sana nanti. So bila berkata tentang perubahan diri sendiri, moga kalian jugak mendoakan aku ya.

Yang lain2 macam biasa. Tak banyak berubah. Aku masih menyusun perjalanan kehidupan yang sebolehnya aku ingin seimbangkan. Perhatian kepada keluarga yang sedang aku bina dan kukuhkan ini, tanggungjawab aku kepada bonda tercinta, peranan aku di dalam keluarga hubby dan peranan aku dalam masyarakat.

Aku terfikir pada langkahan aku sekarang, it's time to give.... to people... to society. Rasanya dah banyak pengalaman yang boleh dikongsi dan dimanafaatkan bersama. Moga niat aku ni dipermudahkanNya.

So korang... selamat tahun baru.